Pages

Wednesday, February 3, 2021

NOTA 6: ADAB ( ADAB REHLAH)

MAKSUD REHLAH

Pergi melawat atau berkunjung ke sesuatu tempat seperti melancong, mengembara, menjelajah atau berkhemah.

 

HUKUM REHLAH

Pada asasnya hukum rehlah adalah HARUS, tetapi ia boleh menjadi WAJIB, SUNAT, MAKRUH atau HARAM bergantung kepada sebab dan tujuannya 

a) REHLAH WAJIB

Seperti perjalanan pergi menunaikan haji bagi seseornag yang telah cukup syaratnya.


b) REHLAH SUNAT

Seperti perjalanan menziarahi 3 buah masjid yang agung dalam Islam sebagaimana sabda nabi SAW:

 c) REHLAH MAKRUH

 

Perjalanan untuk tujuan yang makruh seperti  pergi ke negara kafir yang boleh mengancam kehidupan beragama.


D) REHLAH HARAM

Perjalanan untuk tujuan yang haram seperti pergi melancung ke pusat perjudian untuk bertaruh judi dio sana.


ADAB-ADAB YANG PERLU DIJAGA SEMASA BEEHLAH

Mulakan perjalanan dengan doa


 

NOTA 5: SIRAH (PERJANJIAN HUDAIBIAH)-Sambungan

  

 

Nota ini adalah sambungan kepada NOTA 4

 

 4) ISI PERJANJIAN HUDAIBIAH

 a) Gencatan senjata selama 10 tahun antara Ummat Islam di Madinah dengan kafir Quraisy di Makkah.

b) Ummat Islam tidak dibenarkan menunaikan  haji/umrha pada tahun itu ( Tahun 6 H) tetapi boleh melakukannya pada tahun berikutnya.

c) Kedua-dua pihak bebas membina hubungan atau bersekutu dengan mana-mana kabilah Arab dan sekutu masing-masing hendaklah dihormati dan tertakluk kepada perjanjian ini.

d) Jika ada penduduk Mekah yang melarikan diri ke Madinah tanpa izin penjaganya, maka pihak Madinah hendaklah menghantarkannya semula ke Makkah.

e) Jika ada penduduk Madinah yang lari meninggalkan Kota Madinah dan datang ke Makkah, pihak Kota Makkah tidak perlu menghantarkannya semula ke Madinah.


5) KESAN PERJANJIAN HUDAIBIAH KEPADA ISLAM

 

a) Wujudnya keamanan di Kota Madinah kerana tiada ancaman peperangan daripada Musyrikin Makkah.

b) Rasulullah SAW dapat menumpukan kepada tugas dakwah dan menyebarkan Islam kepada kabilah-kabilah Arab.

c) Rasulullah dapat menyampaikan Islam kepada raja-raja di sekitar Semenanjung Arab melalui pengiriman surat.

d) Orang yang menganut Islam semakin bertambah dan berita kenabian nabi Muhamamd SAW semakin meluas.


(SILA TONTON DAN FAHAMI VIDEO DI ATAS)


Tuesday, February 2, 2021

NOTA 7: IBADAH ( PUASA RAMADHAN)

PENGERTIAN PUASA

Erti puasa ialah : Menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa daripada terbit fajar hingga tenggelam matahari beserta niat pada malam hari.

 

DALIL KEFADHUAN PUASA

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 183:

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ 

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."

 

TAHUN PUASA MULA DIFARDHUKAN

Semoasa di Kota Makkah, puasa Ramadhan belum diwajibkan kepada orang-orang Islam. Puasa hanya diwajibkan pada tahun ke-2 H iaitu semasa nabi dan ornag Islam tinggal di Kota Madinah.

 

SYARAT WAJIB PUASA

  1. Beragama Islam
  2. Baligh
  3. Berakal
  4. Mampu berpuasa

 

SYARAT SAH PUASA

  1. Beragama Islam
  2. Mumayyiz
  3. Berakal
  4. Suci daripada haid, nifas dan wiladah.

 

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

  1. Makan atau minum dengan sengaja
  2. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka hingga ke perut atau otak
  3. Muntah dengan sengaja
  4. Gila walau sekejab
  5. Pengsan sepanjang masa waktu berpuasa.
  6. Murtad
  7. Kedatangan haid, nifas atau beranak (wiladah)
  8. Mengeluarkan air mani dengan sengaja 

 

HARI-HARI YANG DIHARAMKAN PUASA

  1. Dua hari raya ( Aidil fitri dan Aidil Adha)
  2. Hari Tasyriq (11, 12, 13 Zulhijjah)
  3. Hari Syak ( 30 Syaaban) 
  4. 15 hb dan seterusnya bagi setiap bulan jika tidka berpuasa pada tarikh sebelumnya

 

HIKMAH BERPUASA

  1. Dapat meningkatkan rasa taqwa dalam jiwa
  2. Dapat menimbulkan keinsafan tentang nasib ornag miskin yang kelaparan
  3. Dapat merehatkan sistem penghadaman
  4. Menyihatkan badan 
  5. Mengurangkan budaya pemakanan yang membawa ovesiti
  6. Membersihkan jiwa dan 
  7. Melatih diri sifat sabar
  8. Mendidik diri agar berdisiplin