Sebuah Blog Pendidikan yang diwujudkan oleh Ust Kamaruddin Wahab untuk menyalurkan bahan-bahan pendidikan kepada murid-murid. Murid-murid tidak dapat ke sekolah dan pembelajaran dilakukan secara PDPR.
1) Gunakan buku nota berlebel AJ untuk menyalin dan melakukan tugasan di bawah.
2) Tulis 10 perkataan PINJAMAN bahasa Arab dalam buku AJ.
3) Tulis jawi dan kemudian tulis rumi seperti mana yang dicontohkan dalam lembaran di bawah.
4) Laporkan kehadiran PDPR anda dengan klik di sebelah
Ini tugasan yang anda perlu buat
Keterangan:
Perkataan khemah adalah kata dalam bahasa Melayu yang asalnya adalah perkataan bahasa Arab iaitu "خيمة". Oleh itu ia merupakan kata pinjaman Bahasa Arab.
Ada banyak lagi kata pinjaman bahasa Arab yang kita gunakan sehari-hari.
Tugas anda dalam pembelajaran hari ini adalah mencari kata-kata pinjaman bahasa Arab yang digunakan dalam bahasa kita. Anda perlu tulis dalam ejaan jawi dan sertakan dengan dengan tulisan rumi di sebelahnya seperti dalam contoh yang ustaz berikan tu.
Anda boleh semak Wordwall di bawah untuk membantu anda menulis perkataan pinjaman bahasa Arab anda sendiri dalam buku tulis anda.
1) Gunakan buku nota berlebel AJ untuk menyalin dan melakukan tugasan di bawah.
2) Tulis 10 perkataan PINJAMAN bahasa Inggeris dalam buku AJ.
3) Tulis jawi dan kemudian tulis rumi seperti mana yang dicontohkan dalam lembaran di bawah.
Keterangan: Perkataan demokrasi adalah kata dalam bahasa Melayu yang asalnya adalah perkataan Inggeris iaitu "Democracy". Oleh itu ia merupakan kata pinjaman Bahasa Inggeris. Ada banyak lagi kata pinjaman bahasa Inggeris yang kita gunakan sehari-hari.
Tugas anda dalam pembelajaran hari ini adalah mencari kata-kata pinjaman bahasa Inggeris yang digunakan dalam bahasa kita. Anda perlu tulis dalam ejaan jawi dan sertakan dengan dengan tulisan rumi di sebelahnya. macam dalam contoh yang ustaz berikan tu.
Kalau tak ada idea, boleh tengok dalam slide di bawah. Salin sahaja yang tu. Tapi kalau ada yang sendiri lagi bagus.
Kalau anda ada perkataan sendiri yang mahu disalin dalam buku AJ , tapi tak tahu pula nak tulis ke dalam jawi, guna cara ini.
Khat Riq’ah merupakan sejenis khat yang direka cipta oleh orang Turki pada zaman pemerintahan Kerajaan ‘Uthmaniyah (850 Hijrah).
Tujuan utama mereka mencipta khat ini ialah untuk menyeragamkan bentuk tulisan dalam semua urusan rasmi di kalangan kakitangan kerajaan.
Riq’ah mengikut Kamus Bahasa ialah cebisan kertas yang ditulis.
Ciri khusus khat ini ialah bentuk huruf yang kecil, lebih cepat dan mudah ditulis, jika dibandingkan dengan khat Nasakh.
Penggunaan khat Riq’ah dalam masyarakat kita lebih tertumpu kepada tulisan dan nota sahaja, berbanding khat Nasakh yang begitu meluas digunakan, khususnya dalam penerbitan buku, majalah dan akhbar.
TONTON VIDEO INI SUPAYA ANDA LEBIH FAHAM BAGAIMANA MENULIS DENGAN GAYA KHAT RIQ'AH
PRAKTIS MENULIS SURAH AL-ASRI DENGAN TULISAN GAYA KHAT RIQ'AH
(Tugasan yang anda perlu laksanakan ialah menyalin semula Surah Al-Asri di bawah dalam buku AJ. Pastikan gaya tulisan anda menggunakan gaya tulisan Khot Riq'ah seperti yang ditulis di bawah.)
Tambahan:
Anda digalakkan untuk mengambil gambar hasil tulisan anda dan hantar kepada ustaz melalui whatsapp. Terima kasih.