Pages

Thursday, July 29, 2021

NOTA 26: ALLAH BERSIFAT KALAM

1)  ERTI KALAM

Kalam ertinya berkata-kata. Allah bersifat dengan sifat berkata-kata, yakni Allah tidak bisu. Sifat berkata-kata yang ada pada Allah tidak menyerupai sifat berkata-kata yang ada pada makhluk. Makhluk memerlukan alat untuk berkata-kata seperti mulut, lidah dan sebagainya. Namun Allah yang bersifat dengan sifat berkata-kata, tidka berkata-kata sebagaimana makhluk.


2) DALIL ALLAH BERSIFAT KALAM

a) Dalil Naqli (Nas)

Firman ALlah SWT:

وَكَلَّمَ اللَّهُ مُوسَى تَكْلِيمًا

Ertinya: "Dan Allah telah bercakap dengan nabi Musa dengan percakapan yang jelas"


b) Dalil Aqli (Akal fikiran)

Allah SWT menciptakan manusia boleh berkata-kata. Jika Allah sendiri tidak boleh berkata-kata, maka itu menunjukkan Allah bersifat lemah dan tidka sempurna. Mustahil Allah bersifat dengan kekurangan seperti bisu. Oleh itu wajiblah Allah bersifat dengan sifat BERKATA-KATA.


3) PERSITIWA ALLAH BERCAKAP DENGAN NABI MUSA 

-Nabi Musa telah menjadi buruan pemerintahan Firaun dan dia lari berlindung di sebuah negeri bernama Madyan

-Di Madyan, Nabi Musa berkahwin dan tinggal selama 10 tahun dalam buangan.

-Setelah 10 tahun, Nabi Musa melakukan perjalanan pulang meninggalkan Madyan bersama keluarganya menuju Mesir dan lalu di kawasan padang pasir yang terdapat BUKIT TURSINA.

- Di Malam hari yang sejuk, nabi Musa melihat cahaya api di puncak bukit.

-Nabi Musa mendaki bukit itu untyuk mendapatkan api tetapi sampai di atas bukit, apa yang disangkanya api itu hanyalah sepohon kayu yang bercahaya.

-Ketika tercengang melihat keadaan itulah dia mendengar kata-kata (KALAM)  Allah yang melantiknya sebagai Rasul Allah.

-Di situ Allah memerintahkan nabi Musa a.s agar pergi berdakwah kepada Firaun, raja negeri Mesir yang sombong.

-Dalam peristiwa itu, Nabi Musa diberikan dua mukjizat iaitu:

a) Tongkatnya menjadi ular

b) Tangannya mengeluarkan cahaya putih


4) KITAB-KITAB YANG DITURUNKAN KEPADA NABI


-Kitab-kitab Allah yang diturunkan kepada para nabi mengandugi percakapan Allah. Kitab-kitab tersebut adalah seperti berikut:

a) Kitab Taurat-Diberikan kepada nabi Musa a.s

b) Kitab Injil-Diberikan kepada nabi Isa a.s

c) Kitab Zabur -Diberikan kepada nabi Daud a.s.

d) Kitab Al-Quran-Diberikan kepada nabi Muhammad  SAW. 


5) FAEDAH BERIMAN DENGAN SIFAT KALAM ALLAH


a) Akan meyakini Al-Quran sebagai kalam Allah dan gemar membacanya.

b) Akan menghargai kitab-kitab lain yang Allah berikan kepada para nabi sebelum nabi Muhammad SAW.

c) Merasai kebesaran Allah SWT.

d) Timbul keinginan untuk mematuhi segala perintah Allah yang dibawa oleh Rasulullah SAW.


UJIAN PDPR AQIDAH-ALLAH BERSIFAT KALAM (29 JULAI  2021)


Anda juga diGALAKKAN  untuk menjawab soalan QUIZIZZ di link berikut:







Monday, July 26, 2021

NOTA 25: PRAKTIS JAWI

Tugasan PDPR JAWI hari ini (27/7/2021):

  1. Salin latihan ini dalam buku AJ
  2. Anda dikehendaki membina 10 perkataan dengan menggunakan huruf-huruf dalam perkataan dalam gambar di bawah

 





4. Anda boleh gunakan APLIKASI JAWI ATAS TALIAN untuk membantu anda menulis perkataan jawi:

  https://www.ejawi.net/terjemah-rumi-jawi/

5.  Laporkan kehadiran anda dalam PDPR hari ini di link di sebelah...

6. Di minta tulis komen anda di bawah. Contoh komen anda: 
Saya Dina sudah siap kerja ustaz!
Saya Andy sudah baca dan akan buat malam ni ustaz!
Saya Suraya tak tau nak buat ustaz!


Komen apa aja! Select sebagai anonymous








NOTA 24: AL-QURAN -SURAH AS-SYAMS

 Untuk tujuan pembelajaran hari ini, Murid-murid dikehendaki :


a) Menyalin Surah As-Syams ke dalam buku tulis berlebel AQ. Buka buku Teks pendidikan Islam M/S 13


b) Membaca Surah As- Syams dengan bacaan yang BETUL, LANCAR dan BERTAJWEED.


c) Berusaha menghafaznya



BERIKUT ADALAH SURAH AS-SYAMS.





Klik untuk dengar bacaan





Soalan Ujian Untuk Anda Jawab

Sunday, July 25, 2021

TASMIK 25 JULAI 2021

    1.    Murid-murid dikehendaki membaca Al-Quran/ Iqrak mengikut mukasurat masing-masing.


    2.     Setelah membaca, murid-murid hendaklah mengisi rekod bacaan pada link di bawah:


https://forms.gle/wKLUX7SbVo7HctU28


    3.    Kumpulan tasmik murid Ust Kama adalah seperti berikut:

 

6 JAYYID:




6 AFLAH


6 SYAKIRIN



6 FAIZIN





Wednesday, July 14, 2021

NOTA 23: HARI RAYA AUDIL ADHA

1)  ERTI AIDIL ADHA


Aidil Adha bermaksud Hari Raya Qurban. Dalam mayarakat Melayu Nusantara, ia dinamakan juga Hari Raya Haji.


2) TARIKH HARI RAYA AIDIL ADHA


Hari Raya ini jatuh pada tanggal 10 hb Zulhijjah Setiap tahun


3) PERKARA YANG DISUNATKAN PADA HARI RAYA AIDIL ADHA


a)Solat Sunat Hari Raya

b) Melaksanakan Ibadah Korban 

c) Memperbanyakkan takbir 


4) CARA SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDIL ADHA


Cara solat Sunat hari Raya Aidil Adha sama sahaja dengan cara Solat Sunat Hari Raya Aidil Fitri. Ia dilakukan sebanyak  2 rakaat . 


Monday, July 12, 2021

NOTA 22: PRAKTIS JAWI-KATA PINJAMAN BAHASA ARAB

 PDPR BERTARIKH 13 JULAI 2021


ARAHAN PEMBELAJARAN:


1) Gunakan buku nota berlebel AJ untuk menyalin dan melakukan tugasan di bawah.

2) Tulis 10 perkataan PINJAMAN bahasa  Arab dalam buku AJ.

3) Tulis jawi dan kemudian tulis rumi seperti mana yang dicontohkan dalam lembaran di bawah.

4) Laporkan kehadiran PDPR anda dengan klik di sebelah   



Ini tugasan yang anda perlu buat

Keterangan: 

  1. Perkataan khemah adalah kata dalam bahasa Melayu yang asalnya adalah perkataan bahasa Arab iaitu "خيمة". Oleh itu ia merupakan kata pinjaman Bahasa Arab. 
  2. Ada banyak lagi kata pinjaman bahasa Arab yang kita gunakan sehari-hari.
  3. Tugas anda dalam pembelajaran hari ini adalah mencari kata-kata pinjaman bahasa Arab yang digunakan dalam bahasa kita. Anda perlu tulis dalam ejaan jawi dan sertakan dengan dengan tulisan rumi di sebelahnya seperti dalam contoh yang ustaz berikan tu.


Anda boleh semak Wordwall di bawah untuk membantu anda menulis perkataan pinjaman bahasa Arab anda sendiri dalam buku tulis anda.


 

Jika anda tidak pasti bagaimana mahu menukarkan perkataan daripada TULISAN  RUMI kepada TULISAN JAWI, dapatkan bantuan di sini. 

Klik: https://www.ejawi.net/terjemah-rumi-jawi/




 Anda juga boleh menonton Video di bawah untuk menambahkan kefahaman anda.

AKTIVITI PDPR AQ 12 JULAI 2021

 Arahan pembelajaran:


1) Murid-murid dikehendaki membuat bacaan Al-Quran 3 surah iaitu:

a) Surah Al-Jumua'h: Ayat 1-11

b) Surah Al-Munafiqun: Ayat 1-11

c) Surah Al-Tahgabun: Ayat 1-18

 

 2) Objektif Pembelajaran hari ini ialah:

a) Murid-murid dapat membaca surah-surah tersebut dengan betul dan bertajwid

b) Murid dapat menjawab soalan kuiz tambahan yang diberikan  di bawah.


3)  Isikan kehadiran anda untuk PDPR hari ini. 



UJIAN PDPR ALQURAN HARI INI. KLIK DI SINI JIKA MAHU PAPARAN GOOGLE FORM

 

Sunday, July 11, 2021

KUIZ PENDIDIKAN ISLAM-PERISTIWA AKHIR ZAMAN

 SILA JAWAB SOALAN KUIZ YANG DIBERIKAN DI BAWAH. KLIK DI SINI JIKA INGIN PAPARAN GOOGLE FORM.



Wednesday, July 7, 2021

NOTA 22: ADAB TERHADAP ALAM

Arahan tugasan hari ini:

1) TULIS NOTA INI DALAM BUKU   "US"

2) Kemudian jawab soalan latihan yang disertakan dibawah sekali

______________________________________________________________


 1) Apakah yang dimaksudkan dengan Alam Sekitar?


Alam Sekitar ialah semua sumber alam ciptaan Allah di bumi. Ensiklopedia Wikipedia menafsirkan alam sekitar sebagai:

Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar juga boleh dipanggil flora dan fauna.



2) CONTOH-CONTOH ALAM SEKITAR

-Sungai
-Jeram dan air terjun
-Lautan
-Pantai
-Tumbuhan
-Hutan belantara
-Udara
-Bukit bukau
-Kolam dan tasik
-Habitat hidupan liar

3) DALIL ALLAH SWT MEMERINTAHKAN SUPAYA MENJAGA ALAM SEKITAR

Dalam Al-Quran, Allah melarang perbuatan merosakkan alam sekitar:


وَلَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ بَعْدَ إِصْلَاحِهَا 

Maksudnya: "Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi setelah ia pulihkan"
(Surah Al-A'raf: Ayat 56)



4) BAGAIMANAKAH LANGKAH MENJAGA ALAM SEKITAR?

a)  Jangan membuang sampah merata tempat.

b) Jangan membuang sampah dan air kumbahan  ke sungai

c) Jangan menebang pokok sesuka hati.

d) Pastikan kenderaan tidak mengeluarkan asap yang keterlaluan.

e) Pihak industri perkilangan hendaklah mengambil langkah-langkah mengawal perlepasan asal industri ke angkasa.

f) Memberi sokongan kepada usaha para aktivis alam sekitar.

g) Penerokaan hutan simpanan hendaklah diharamkan sama sekali.

h) Kerja-kerja menggondolkan bukit bukau hendaklah dihentikan dan pelakunya dikenakan hukuman yang keras.

i) Semua projek yang melibatkan gangguan terhadap alam sekitar hendaklah mendapat kelulusan EIA (Enviromental Impact Assesment) Rujuk: Maksud EIA


5) APAKAH AKIBAT JIKA TIDAK MENJAGA ALAM SEKITAR

a) Struktur muka bumi menjadi tidak stabil lalu kerap berlaku tanah runtuh

b) Berlaku banjir lumpur

c) Air sungai akan bertukar menjadi keruh dan mengganggu bekalan air bersih ke rumah-rumah.

d) Habita alam musnah dan kehidupan haiwan liar dan margastua terjejas menuju kepupusan.

e) Warisan alam akan lenyap dan generasi akan datang tidak dapat melihatnya lagi

f) Persekitan akan menjadi tidak kondusif untuk menjadi tempat tinggal

g) Berlaku perubahan iklim dan cuaca yang tidak menentu.

i) Perlaku pencairan ais di Kutub Utara yang bakal menyebabkan air lautan bertambah dan menenggelamkan pulau-pulau kecil.

j) Angin ribut kerap melanda penempatan kerana gunbung ganang sebagai penampan telah digondolkan.




JAWAB SOALAN KUIZ BERIKUT:

Klik Link LATIHAN  untuk paparan lain



Monday, July 5, 2021

NOTA 21: PRAKTIS JAWI

PDPR BERTARIKH 5 JULAI 2021


ARAHAN PEMBELAJARAN:


1) Gunakan buku nota berlebel AJ untuk menyalin dan melakukan tugasan di bawah.

2) Tulis 10 perkataan PINJAMAN bahasa Inggeris dalam buku AJ.

3) Tulis jawi dan kemudian tulis rumi seperti mana yang dicontohkan dalam lembaran di bawah.


Keterangan: Perkataan demokrasi adalah kata dalam bahasa Melayu yang asalnya adalah perkataan Inggeris iaitu "Democracy". Oleh itu ia merupakan kata pinjaman Bahasa Inggeris. Ada banyak lagi kata pinjaman bahasa Inggeris yang kita gunakan sehari-hari.

Tugas anda dalam pembelajaran hari ini adalah mencari kata-kata pinjaman bahasa Inggeris yang digunakan dalam bahasa kita. Anda perlu tulis dalam ejaan jawi dan sertakan dengan dengan tulisan rumi di sebelahnya. macam dalam contoh yang ustaz berikan tu.





Kalau tak ada idea, boleh tengok dalam slide di bawah.  Salin sahaja yang tu. Tapi kalau ada yang sendiri lagi bagus.






Kalau anda ada perkataan sendiri yang mahu disalin dalam buku AJ , tapi tak tahu pula nak tulis ke dalam jawi, guna cara ini.

Klik link di bawah :




Lihat panduan bagaimana menggunakannya.

PROGRAM TILAWAH AL-QURAN

PERJALANAN PROSES  PDPR HARI INI:


1) MEMBACA AL-QURAN BERSAMA USTAZ SECARA GOOGLE MEET

- SURAH AL-MUMTAHANAH AYAT 1-13

- SURAH AS-SAF:AYAT 1-14


Tunggu link di whatsapp Grup!


2)MENJAWAB LATIHAN/KUIZ YANG DIBERIKAN MELALUI GOOGLE FORM.

https://forms.gle/c6FPaZGfzrdCwi5C7


3) Melaporkan penyertaan dalam PDPR anda. Klik link disebelah.



Sekian terima kasih!