Pages

Wednesday, June 30, 2021

NOTA 20: JAUHI SYIRIK


ARAHAN UNTUK MURID:


  • LIHAT VIDEO DI ATAS.
  • BACA DAN FAHAMI NOTA-NOTA DI BAWAH

___________________________________________________________________

1) PENGERTIAN SYRIK

Syirik ialah menyekutukan (menduakan) Allah SWT dengan sesuatu yang yang lain.


2) HUKUM SYIRIK

Haram dan dosa besar.


3) BAHAGIAN SYRIK

a) Syirik Jali (Besar/ Jelas)

b) Syirik Khafi (Kecil/Tersembunyi)


4) CONTOH-CONTOH SYIRIK

a) Syirik Jali

-Menyembah Berhala.

-Menyembah matahari.

-Menyembah Nabi Isa

-Menyembah api.

-Menyebah jin dan Syaitan

-Sembah benda yang dikeramatkan seperti pokok besar, batu besar dan sebagainya.

-Berdoa memohon hajat kepada selain Allah.


b) Syirik Khafi

-Menunjuk-nunjuk dalam ibadat (Riyak)

-Ujub ( Rasa bangga diri)

-Takbur ( Sombong)

-Sum'ah (Mahu dengar pujian orang)

-Besumpah dengan nama selain Allah.

-Berkata dengan kalimah "KALAU" seperti "Kalau aku tidak pergi, tentu aku tidak kena".


5) KESAN-KESAN SYIRIK

a) Jika Syirik itu adalah Syirik Jali:

-Rosaklah akidah dan kafirlah

-Hilang hubungan dengan Allah

-Jatuh ke dalam dosa terbesar

-Jika mati tidak sempat taubat, kekal dalam neraka.


b) Jika Syirik itu Syirik Khafi

-Merosakkan pahala amal soleh.

-Hati menjadi gelap dan sukar menerima hidayah.

-Benci kepada orang beriman

-Selalu merasa putus asa


6) KESYIRIKAN DALAM AGAMA-AGAMA

a) Agama Kristian-Menyembah nabi Isa (Jesus)

b) Agama Budha-Menyembah patung Sidharta Gautamna Budha

c) Agama Hindu-Menyembah patung dewa-dewa

d) Agama Syinto (Jepun)-Menyembah Matahari

e) Agama Yahudi-Menganggap Uzair anak Allah

f) Agama Majusi-Menyembah api




Monday, June 28, 2021

NOTA 19: PRAKTIS JAWI

PDPR BERTARIKH: 29 JUN 2021 

Arahan Pembelajaran:

-Salin tugasan ini dalam buku AJ

-Keluarkan 10 perkataan daripada kalimah "  كبوداياءن  "



Oleh kerana ustaz sudah berikan 1 contoh, anda buat sampai nombor 11....😅😅😅😁




Jika anda mahu hantar tugasan kepada ustaz, boleh hantar melalui email:

muridtahun6@yahoo.com

Jika tidak dapat, abaikan sahaja




Boleh juga upload ke BOX. Klik link:

https://app.box.com/folder/0


Sign ini dengan Username dan pasword berikut:

Username: muridtahun6@yahoo.com
Pasword: skss2021


Sunday, June 27, 2021

NOTA 18: AL-QURAN-KEFAHAMAN SURAH AD-DUHA

 ARAHAN:

1) Salin Surah Ad-Duha dalam buku AQ.

SURAH AD-DUHA


Rujuk Buku Teks M/S 26

2) Salin Terjemahan ayat  di bawah Surah Ad-Duha yang telah anda tulis.

TERJEMAHAN

[1] Demi waktu dhuha,

[2] Dan malam apabila ia sunyi-sepi –

[3] (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).

[4] Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.

[5] Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda – berpuas hati.

[6] Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?

[7] Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu – Al-Quran)?

[8] Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?

[9] Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,

[10] Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;

[11] Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

 

3) Kemudian salin nota-nota berikut di bawahnya:


INTISARI SURAH AD-DUHA

1) Surah Ad-Duha diturunkan di Makkah (Surah Makkiyyah) dan mengandungi 11 ayat.

2) Sebab Surah ini diturunkan adalah kerana omongan orang kafir Musyrikin yang mengatakan Allah telah bencikan nabi Muhammad dan meninggalkannya kerana lamanya wahyu tidak diturunkan kepadanya. Maka Surah ini turun menafikan tuduhan mereka.

3) Allah bersumpah dengan waktu Duha dan waktu Malam kerana keistimewaan kedua-dua wkatu ini.

4) Waktu Duha ialah waktu antara matahari terbit sekadar segalah (27 minit setelah waktu syuruq) sehinggalah matahair gelincir di kaki langit (menandakan masuk waktu Zohor)

5)Kehidupan akhirat adalah lebih utama daripada kehidupan dunia.

6)Nabi Muhamamd dilahirkan sebagai anak Yatim dan dia dipelihara oleh datuknya dan juga pakciknya.

7) Datuk nabi Abdul Mutallib memeliharanya setelah ibunya Aminah meninggal ketika usianya baru 6 tahun. Hingga usia baginda 8 tahun, datuknya pula meninggal

8) Pakcik Nabi, ABU TALIB memeilharanya dari usia 8 tahun hinggalah dewasa dan berkahwin.

10) Surah Ad-Duha mengingatkan larangan menghina anak yatim dan mengherdik para pengemis yang meminta sedekah.

11) Allah menggalakkan kita dalam surah ini akan menggunakan nikmat kurniaan Allah dan tidak menyembunyikannya.


JAWAB LATIHAN BERIKUT PADA LINK DI BAWAH:


KUIZ PENDIDIKAN ISLAM (KEFAHAMAN SURAH AD-DUHA)


ATAU JAWAB SAHAJA DI BAWAH


Saturday, June 26, 2021

PROGRAM TASMIK: 27 JUN 2021

LANGKAH-LANGKAH PEMBELAJARAN :

  1. Murid bersedia dengan Al-Quran masing-masing. 
  2. Murid-murid membuka telegrem dan menggunakan VC (Voice chat)
  3. Murid-murid membuka Surah Al-Hasyr M/S 545.
  4. Guru memperdengarkan bacaan dan murid-murid mendengar
  5. Murid-murid yang dipilih akan membacakan Al-Quran dan disemak oleh guru dan kawan-kawan.




Thursday, June 24, 2021

NOTA 17: HAJI WIDAK

 Tugasan murid dalam pelajaran HARI ini adalah:

 

1) Membaca buku teks Pendidikan Islam Ms 156 hingga 162. Fahami fakta-fakta penting di dalamnya.

 

2) SALIN NOTA HARI INI DALAM BUKU   US.  

Nota hari ini ialah Jadual perbandingan antara rukun haji dan wajib Haji.

 

 
 

3) Jawab soalan kuiz yang disediakan. Klik link di bawah atau jawap pada paparan yang diberikan di bawah

KLIK DI SINI: KUIZ HARI INI.

 Atau jawab sahaja di bawah:

Monday, June 21, 2021

NOTA 16: PRAKTIS JAWI-MENJAWAB 3 SOALAN

Salin soalan berikut dalam buku AJ dan jawab . 

Hasil kerja yang anda telah siapkan ini akan disemak setelah sekolah dibuka, Insya Allah...

 

 

Soalan 1:Pilih Kata pinjaman Arab sahaja dan tuliskan dalam petak kosong.



Soalan 2: Tukarkan perkataan di bawah kepada tulisan jawi. 6 pilihan jawapan yang diberikan itu adalah untuk membantu anda.


Soalan 3: Ceraikan perkataan kepada huruf-huruf yang terpisah. Tuliskan huruf yang diceraikan itu di  tempat kosong sebelahnya.




Sekian pelajaran jawi hari ini. Anda tidak perlu hantar hasil kerja hari ini. Cukup dengan menyimpannya dalam buku tulis untuk semakan ustaz nanti.

Sunday, June 20, 2021

NOTA 15: AL-QURAN DAN HUKUM TAJWID (IQLAB)

Arahan: Sila salin nota nombor 1 hingga 3 ke dalam buku AJ

 

 1) PENGERTIAN IQLAB

Iqlab ialah apabila Nun Mati atau Tanwin bertemu dengan huruf Ba ( ب  )


2) CONTOH AYAT


3) CARA BACAAN 

Menukarkan bunyi nun mati atau tanwin kepada huruf MIM dengan MERINGANKAN sebutan mim dan mengekalkan dengung pada kadar 2 Harkat.

 

 

SILA JAWAB LATIHAN HARI INI. KLIK LINK DI BAWAH:

 

LATIHAN TAJWID

 

 

 

 

UNTUK LEBIH JELAS SILA TONTON VIDEO INI:

 

Wednesday, June 16, 2021

NOTA 14: AL-QURAN DAN HUKUM TAJWID (IKHFAK HAQIQI)

1) PENGERTIAN IKHFA' HAQIQI

Ikhfa' Haqiqi bererti menyamarkan atau menyembunyikan bunyi nun mati atau tanwin ke dalam huruf-huruf yang datang selepasnya. Terdapat 15 huruf yang digolongkan sebagai huruf Ikhfa' Haqiqi iaitu:


2) CONTOH IKHFA' HAQIQI

 


 3) CARA BACAAN IKHFA' HAQIQI

 

Hendaklah menyembunyikan bunyi huruf NUN MATI atau TANWIN antara  sifat Izhar dan Idgham serta bunyi dengung pada kadar 2 harkat.

 

4) TONTON VIDEO INI DAN CUBA FAHAMI

 

 


Tuesday, June 15, 2021

NOTA 13: JAWI-PRAKTIS MENULIS KHAT RIQ'AH

PENGENALAN


  • Khat Riq’ah merupakan sejenis khat yang direka cipta oleh orang Turki pada zaman pemerintahan Kerajaan ‘Uthmaniyah (850 Hijrah). 
  • Tujuan utama mereka mencipta khat ini ialah untuk menyeragamkan bentuk tulisan dalam semua urusan rasmi di kalangan kakitangan kerajaan. 
  • Riq’ah mengikut Kamus Bahasa ialah cebisan kertas yang ditulis. 
  • Ciri khusus khat ini ialah bentuk huruf yang kecil, lebih cepat dan mudah ditulis, jika dibandingkan dengan khat Nasakh. 
  • Penggunaan khat Riq’ah dalam masyarakat kita lebih tertumpu kepada tulisan dan nota sahaja, berbanding khat Nasakh yang begitu meluas digunakan, khususnya dalam penerbitan buku, majalah dan akhbar. 

TONTON VIDEO INI SUPAYA ANDA LEBIH FAHAM BAGAIMANA MENULIS DENGAN GAYA KHAT RIQ'AH 

 

 

 


PRAKTIS MENULIS SURAH AL-ASRI DENGAN  TULISAN GAYA KHAT RIQ'AH



 (Tugasan yang anda perlu laksanakan ialah menyalin semula Surah Al-Asri di bawah dalam buku AJ. Pastikan gaya tulisan anda menggunakan gaya tulisan Khot Riq'ah seperti yang ditulis di bawah.)

 




 
 Tambahan:
Anda digalakkan untuk mengambil gambar hasil tulisan anda dan hantar kepada ustaz melalui whatsapp. Terima kasih.
 



 
 

NOTA 12: ADAB-SAYANGILAH HAIWAN

 



1) ADAB TERHADAP HAIWAN

a) Memberikan perlindungan dan tempat tinggal yang sesuai.

b) Berbelas kasihan terhadap haiwan.

c) Memberikan makanan dan minuman yang berkhasiat.

d) Penjagaan dan rawatan yang baik.

e) Hindari perlakuan zalim.

f) menjaga habitat haiwan untuk mengelakkannya daripada pupus.

g) Tidak membunuh haiwan tanpa sebab.


2) APAKAH FAEDAHNYA MENJAGA ADAB DENGAN HAIWAN?


a) Haiwan akan terhindar daripada ancaman dan dengan itu ia dapat membiak dengan baik dan terelak daripada kepupusan.


b) Manusia akan mendapat sumber makanan yang cukup dan ekonomi akan berkembang.


c) Habitat haiwan akan kekal terpelihara dan dengan itu ekosistem alam tidak menjadi rosak.


3) HAIWAN YANG DILARANG BUNUH

a) Semut

b) Labah-labah

c) Kucing

d) Katak

e) Burung Pipit

f) Bintang-binatang lain yang memberi faedah kepada manusia.


4) HAIWAN YANG DISURUH BUNUH

a) Ular yang berbisa

b) Kala jengking 

c) Tikus

d) Burung helang

e) Cicak

f) Anjing liar dan kurap

g) Burung gagak.

h) Haiwan-haiwan lain yang membawa mudarat kepada manusia.


5) CONTOH SAHABAT NABI YANG SUKAKAN HAIWAN


Seorang sahabat nabi yang dipanggil Abu Hurairah sangat menyukai anak kucing. Kerana sayangnya kepada anak kucing itulah maka beliah digelar Abu Hurairah yang bermaksud "Bapa si anak kucing". Namanya yang sebenar adalah Abdul Rahman bin Sakhr Ad-Dausi.



Perhatian:

RUJUK BUKU TEKS MS 177 HINGGA 182


Sunday, June 13, 2021

NOTA 11: AKIDAH-NAMA ALLAH AL-HASIB.

 Maksud nama Allah Al-Hasib (  الحسيب  )


Maksud nama Allah Al-Hasib ialah:

a)  Allah maha menghitung segala amalan yang kita lakukan, sama ada ia baik atau buruk, walau dimana pun amalan itu dilakukan.

a) Allah maha menghitung setiap keperluan mahkluknya seperti berapa banyak makanan yang diperlukan, air yang turun ke bumi dan kandungan gas  yang seimbang di sekeliling kita.


DALIL ALLAH BERNAMA AL-HASIB:


Firman Allah SWT dalam Al-Quran:



APAKAH NAMA MALAIKAT YANG DITUGASKAN MENCATAT AMALAN BAIK DAN BURUK MANUSIA?

Malaikat yang ditugaskan mencatat amalan baik yang dilakukan sesorang ialah Malaikat Raqib manakala Malaikat Atid pula ialah malaikat yang mencatat amalan jahat yang dilakukan seseorang.


KESAN BERIMAN DENGAN NAMA ALLAH AL-HASIB


a) Akan mendorong kita rajin berbuat amalan baik.

b) Akan mencegah kita daripada amalan jahat

c) Sentiasa merasa syukur kepada Allah.

d) Sentiasa takut kepada Allah SWT


Kisah Tauladan


Kisah Uwais Al-Qarni


NOTA 10: AL-QURAN-KEFAHMAN SURAH AL-QODAR

 




MAKSUD :

1.  Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam Al-Qodar.

2.  Dan tahukah kamu apakah malam Al-Qodar itu?

3.  Malam Al-Qodar itu adalah malam yang lebih baik dari seribu bulan.

4.  Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan juga Malaikat Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan.

5.  Malam itu penuh dengan  kesejahteraan sampai terbit fajar.


PENGENALAN SURAH AL-QODAR:

A) Surah Al-Qodar mengandungi 5 ayat dan ia merupakan surah yang berada pada ututan yang 97 daripada 114 Surah dalam Quran.

b) Surah Al-Qodar adalah Surah Makkiyyah iaitu surah yang diturunkan sebelum hijrah nabi SAW.

c) Surah ini dinamakan Surah Al-Qodar kerana ia meneritakan kelebihan malam yang dinamakan Lailatul Qodar.


SEBAB DITURUNKAN SURAH AL-QODAR

  • Sahabat nabi mengeluh kepada nabi Muhammad SAW tentang pendeknya umur mereka jika dibandingkan dengan umur ummat nabi-nabi terdahulu. 
  • Umur Ummat nabi-nabi terdahulu panjang-panjang sampa beratus tahun dan itu memberi peluang mereka beribadat banyak kepada Allah SWT.
  • Sebagai ganti untuk ummat nabi Muhammad SAW  yang pendek, Allah menjadikan untuk mereka satu malam yang dinamakan Al-Qodar yang mana beribadat pada malam itu menyamai 1000 bulan (83 tahun lebih)
  • Surah ini diturunkan untuk mengembirakan ummat Nabi Muhammad SAW

APAKAH KELEBIHAN MALAM AL-QODAR

  • Pada malam itulah dulunya Al-Quran mula diturunkan kepada nabi Muhamamd SAW iaitu semasa baginda berada di Gua Hirak.
  • Malam Al-Qodar lebih baik berbanding malam-malam lain dengan nilai gandaan 1000 bulan.
  • Pada malam Al-Qodar , malaikat di langit turun ke bumi termasuk malaikat Jibrail untuk beribadat di bumi.
  • Malam Al-Qodar penuh kesejahteraan hingga terbit fajar.
BILAKAH MALAM AL-QODAR BERLAKU?

Malam Al-Qodar dirahsiakan Allah SWT bilakah masanya. Ia dirahsiakan agar orang Islam tidak hanya beibadat pada malam itu sahaja dan tidka mahu beribadat pada malam-malam yang lain. Walau bagaimanapun, dengan rahmat Allah SWT, melalui perkhabaran nabi Muhammad SAW, malam Al-Qodar itu dibayangkan berlaku pada malam-malam ganji 10 terakhir Ramadhan. Malam-malam ganjil itu ialah malam ke-21, 23, 25, 27 dan 29.
 
 
APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA BERTEMU MALAM AL-QADAR?
 
a) Malam al-Qodar hendaklah dicari pada malam sepuluh terakhir Ramadhan, terutama pada malam-malam ganjil.
 
b) Pada malam tersebut hendaklah memperbanyakkan ibadat seperti solat sunat, iktikaf di masjid, membaca Al-Quran dan bersedeqah.
 
c) Hendaklah banyak berdoa kepada Allah dan sebaik-baik doa adalah doa yang diajar nabi SAW iaitu:
 
 اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي
 Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku