Pages

Showing posts with label Akidah. Show all posts
Showing posts with label Akidah. Show all posts

Thursday, July 7, 2022

SOALAN UJIAN AKIDAH (PDPR 7 JULAI 2022)

Masalah gendala bekalan air telah berlaku di banyak kawasan dalam daerah Kulim dan Padang Serai. Ia dikatakan berikutan kejadian banjir kepala air yang melanda kawasan Baling. Sungai Kuala Ketil yang menjadi sumber utama bekalan air untuk SADA mengalami kepekatan lumpur yang melampau.  Ia dijangka berlarutan sehari atau dua hari. Maka pihak PPD mengumumkan PDPR di Sekolah.

Murid menjalankan aktiviti pembelajaran di rumah secara PDPR.

Untuk tujuan itu, bahan di bawah disediakan. Murid dikehendaki menjawab soalan yang diberikan di bawah. Jawab dalam borang yang diletakkan di bawah soalan. Kemudahan gadget samada HP atau komputer akan membantu anda dalam beraktiviti ini.

Anda juga dikehendaki melaporkan kehadiran PDPR dengan meng'Klik" link di sebelah:


Setelah laporkan kehadiran baru jawab soalan-soalan di bawah. Baca dengan teliti dan tandakan pilihan jawapan anda dalam Borang Jawapan.

Sekian, selamat beraktiviti!



 Sila tandakan jawapan anda pada link yang diberikan di bawah.


Thursday, September 30, 2021

ULANGKAJI - PERKARA SAM'IYYAT WAJIB DIYAKINI

  1. PDPR hari ini adalah ulangan kepada pembelajaran yang telah dilakukan sebelum ini
  2. Tajuk hari ini adalah berkaitan Perkara Sam'iyyat iaitu:

" PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DAPAT DICAPAI OLEH 5 PANCAINDERA MANUSIA  (MATA, TELINGA, LIDAH, HIDUNG DAN KULIT)

PERKARA SAM'IYYAT  dinamakan juga PERKARA GHAIBIYYAT (     Ø§Ù„أمور الغيبيات   ) 

3) Baca nota-nota di bawah dan fahami.

4) Jawab soalan yang disediakan di bawah gambar-gambar nota-nota buku teks ini:












 5) PERHATIAN: Tajuk hari ini pernah dibincangkan sebelum ini: Sila klik  untuk baca semula:

Thursday, September 23, 2021

KISAH NABI MUSA BERCAKAP DENGAN ALLAH

1)  Sila baca nota yang diambil daripada buku teks M/S 84  di bawah:




2) Jawab Soalan-soalan yang diberikan di bawah:

@ Klik SOALAN KUIZ untuk paparan penuh Google Form


Thursday, July 29, 2021

NOTA 26: ALLAH BERSIFAT KALAM

1)  ERTI KALAM

Kalam ertinya berkata-kata. Allah bersifat dengan sifat berkata-kata, yakni Allah tidak bisu. Sifat berkata-kata yang ada pada Allah tidak menyerupai sifat berkata-kata yang ada pada makhluk. Makhluk memerlukan alat untuk berkata-kata seperti mulut, lidah dan sebagainya. Namun Allah yang bersifat dengan sifat berkata-kata, tidka berkata-kata sebagaimana makhluk.


2) DALIL ALLAH BERSIFAT KALAM

a) Dalil Naqli (Nas)

Firman ALlah SWT:

ÙˆَÙƒَÙ„َّÙ…َ اللَّÙ‡ُ Ù…ُوسَÙ‰ تَÙƒْÙ„ِيمًا

Ertinya: "Dan Allah telah bercakap dengan nabi Musa dengan percakapan yang jelas"


b) Dalil Aqli (Akal fikiran)

Allah SWT menciptakan manusia boleh berkata-kata. Jika Allah sendiri tidak boleh berkata-kata, maka itu menunjukkan Allah bersifat lemah dan tidka sempurna. Mustahil Allah bersifat dengan kekurangan seperti bisu. Oleh itu wajiblah Allah bersifat dengan sifat BERKATA-KATA.


3) PERSITIWA ALLAH BERCAKAP DENGAN NABI MUSA 

-Nabi Musa telah menjadi buruan pemerintahan Firaun dan dia lari berlindung di sebuah negeri bernama Madyan

-Di Madyan, Nabi Musa berkahwin dan tinggal selama 10 tahun dalam buangan.

-Setelah 10 tahun, Nabi Musa melakukan perjalanan pulang meninggalkan Madyan bersama keluarganya menuju Mesir dan lalu di kawasan padang pasir yang terdapat BUKIT TURSINA.

- Di Malam hari yang sejuk, nabi Musa melihat cahaya api di puncak bukit.

-Nabi Musa mendaki bukit itu untyuk mendapatkan api tetapi sampai di atas bukit, apa yang disangkanya api itu hanyalah sepohon kayu yang bercahaya.

-Ketika tercengang melihat keadaan itulah dia mendengar kata-kata (KALAM)  Allah yang melantiknya sebagai Rasul Allah.

-Di situ Allah memerintahkan nabi Musa a.s agar pergi berdakwah kepada Firaun, raja negeri Mesir yang sombong.

-Dalam peristiwa itu, Nabi Musa diberikan dua mukjizat iaitu:

a) Tongkatnya menjadi ular

b) Tangannya mengeluarkan cahaya putih


4) KITAB-KITAB YANG DITURUNKAN KEPADA NABI


-Kitab-kitab Allah yang diturunkan kepada para nabi mengandugi percakapan Allah. Kitab-kitab tersebut adalah seperti berikut:

a) Kitab Taurat-Diberikan kepada nabi Musa a.s

b) Kitab Injil-Diberikan kepada nabi Isa a.s

c) Kitab Zabur -Diberikan kepada nabi Daud a.s.

d) Kitab Al-Quran-Diberikan kepada nabi Muhammad  SAW. 


5) FAEDAH BERIMAN DENGAN SIFAT KALAM ALLAH


a) Akan meyakini Al-Quran sebagai kalam Allah dan gemar membacanya.

b) Akan menghargai kitab-kitab lain yang Allah berikan kepada para nabi sebelum nabi Muhammad SAW.

c) Merasai kebesaran Allah SWT.

d) Timbul keinginan untuk mematuhi segala perintah Allah yang dibawa oleh Rasulullah SAW.


UJIAN PDPR AQIDAH-ALLAH BERSIFAT KALAM (29 JULAI  2021)


Anda juga diGALAKKAN  untuk menjawab soalan QUIZIZZ di link berikut:







Wednesday, June 30, 2021

NOTA 20: JAUHI SYIRIK


ARAHAN UNTUK MURID:


  • LIHAT VIDEO DI ATAS.
  • BACA DAN FAHAMI NOTA-NOTA DI BAWAH

___________________________________________________________________

1) PENGERTIAN SYRIK

Syirik ialah menyekutukan (menduakan) Allah SWT dengan sesuatu yang yang lain.


2) HUKUM SYIRIK

Haram dan dosa besar.


3) BAHAGIAN SYRIK

a) Syirik Jali (Besar/ Jelas)

b) Syirik Khafi (Kecil/Tersembunyi)


4) CONTOH-CONTOH SYIRIK

a) Syirik Jali

-Menyembah Berhala.

-Menyembah matahari.

-Menyembah Nabi Isa

-Menyembah api.

-Menyebah jin dan Syaitan

-Sembah benda yang dikeramatkan seperti pokok besar, batu besar dan sebagainya.

-Berdoa memohon hajat kepada selain Allah.


b) Syirik Khafi

-Menunjuk-nunjuk dalam ibadat (Riyak)

-Ujub ( Rasa bangga diri)

-Takbur ( Sombong)

-Sum'ah (Mahu dengar pujian orang)

-Besumpah dengan nama selain Allah.

-Berkata dengan kalimah "KALAU" seperti "Kalau aku tidak pergi, tentu aku tidak kena".


5) KESAN-KESAN SYIRIK

a) Jika Syirik itu adalah Syirik Jali:

-Rosaklah akidah dan kafirlah

-Hilang hubungan dengan Allah

-Jatuh ke dalam dosa terbesar

-Jika mati tidak sempat taubat, kekal dalam neraka.


b) Jika Syirik itu Syirik Khafi

-Merosakkan pahala amal soleh.

-Hati menjadi gelap dan sukar menerima hidayah.

-Benci kepada orang beriman

-Selalu merasa putus asa


6) KESYIRIKAN DALAM AGAMA-AGAMA

a) Agama Kristian-Menyembah nabi Isa (Jesus)

b) Agama Budha-Menyembah patung Sidharta Gautamna Budha

c) Agama Hindu-Menyembah patung dewa-dewa

d) Agama Syinto (Jepun)-Menyembah Matahari

e) Agama Yahudi-Menganggap Uzair anak Allah

f) Agama Majusi-Menyembah api




Sunday, June 13, 2021

NOTA 11: AKIDAH-NAMA ALLAH AL-HASIB.

 Maksud nama Allah Al-Hasib (  الحسيب  )


Maksud nama Allah Al-Hasib ialah:

a)  Allah maha menghitung segala amalan yang kita lakukan, sama ada ia baik atau buruk, walau dimana pun amalan itu dilakukan.

a) Allah maha menghitung setiap keperluan mahkluknya seperti berapa banyak makanan yang diperlukan, air yang turun ke bumi dan kandungan gas  yang seimbang di sekeliling kita.


DALIL ALLAH BERNAMA AL-HASIB:


Firman Allah SWT dalam Al-Quran:



APAKAH NAMA MALAIKAT YANG DITUGASKAN MENCATAT AMALAN BAIK DAN BURUK MANUSIA?

Malaikat yang ditugaskan mencatat amalan baik yang dilakukan sesorang ialah Malaikat Raqib manakala Malaikat Atid pula ialah malaikat yang mencatat amalan jahat yang dilakukan seseorang.


KESAN BERIMAN DENGAN NAMA ALLAH AL-HASIB


a) Akan mendorong kita rajin berbuat amalan baik.

b) Akan mencegah kita daripada amalan jahat

c) Sentiasa merasa syukur kepada Allah.

d) Sentiasa takut kepada Allah SWT


Kisah Tauladan


Kisah Uwais Al-Qarni


Wednesday, May 19, 2021

NOTA 8: Akidah (BERIMAN DENGAN PERKARA SAM'IYYAT)


TUGASAN MURID:

  1. Dengar video ustaz di atas.
  2. Salin nota di bawah ke dalam buku tulis US.


 1) PENGERTAIAN SAM'IYYAT


Sam'iyyat ialah perkara-perkara ghaib yang tidak dapat diketahui mengenainya melalui pancaindera yang lima dan hanya dapat diketahui melalui wahyu Allah dalam Al-Quran dan juga Sabda Nabi SAW dalam hadis-hadis.


2) LIMA PANCAINDERA

LIMA pancaindera yang kita miliki ialah:

a) Mata untuk melihat

b) Telinga untuk mendengar

c) Hidung untuk mencium

d) Lidah untuk merasai/mencicipi.

e) Kulit untuk menyentuih


3) DALIL WAJIB BERIMAN DENAGN PERKARA SAM'IYYAT

Rujuk Surah Al-Baqarah: Ayat 3



الَّذِينَ ÙŠُؤْÙ…ِÙ†ُونَ بِالْغَÙŠْبِ


Iaitu orang yang percaya dengan perkara ghaib


4) CONTOH-CONTOH PERKARA SAM'IYYAT

A) Adanya Allah

b) Adanya malaikat 

c) Adanya alam Barzah-alam kubur.

d) Luh Mahfuz- Papan tulis agung yang tercatat takdir makhluk.

e) Syurga dan Neraka

f) Mahsyar- Tempat perhimpunan manusia di akhirat setelah hidup semula.

g) Mizan-Alat timbangan amal baik dan jahat di hari Mahsyar.

h) Sirat- Jambatan yang merentang atas neraka menuju Syurga.

i) Baitul makmur-Binaan tempat tawaf malaikat di langit ke-7.

j) Bidadari Syurga

k) Arasy Allah SWT

l) Wujudnya jin dan Syaitan


Semua perkara di atas tidak dapat dikenalpasti tentangnya dengan menggunakan akal fikiran atau kajian makmal. Ia hanya diketahui melalui khabar yang disampaiukan oleh Allah SWT dalam Quran atau Hadis  Nabi SAW.


5) KESAN-KESAN BAIK JIKA BERIMAN DENGAN PERKARA SAM'IYYAT


a) Akan membentuk diri menjadi manusia yang bertakwa

b) Menambahkan rajin beramal soleh untuk hari akhirat

d) Tidak akan berlagak sombong dalam hidup dunia

e) Akan mendidik diri supaya sentiasa berwaspada



Sunday, January 31, 2021

NOTA 2: AKIDAH (ALLAH BERSIFAT BASOR)

 1) PENGERTYAIN BASOR (  بصر  )

Basor ertinya Allah Maha Melihat


2) DALIL ALLAH BERSIFAT BASOR

a) Dalil Naqli

Firman Allah SWT dalam Surah  Al-Hujurat: Ayat 18:


Ø¥ِÙ†َّ ٱللَّÙ‡َ ÙŠَعْÙ„َÙ…ُ غَÙŠْبَ ٱلسَّÙ…َٰÙˆَٰتِ ÙˆَٱلْØ£َرْضِ ۚ ÙˆَٱللَّÙ‡ُ بَصِيرٌۢ بِÙ…َا تَعْÙ…َÙ„ُونَ 

Ertinya: Dan sesungguhnya Allah mengetahui segala perkara yang ghaib di tujuh petala langit dan bumi. Dan Allah itu maha melihat apa yang kamu kerjakan. 

b) Dalil Aqli 

 

Allah mencipta alam semesta yang canti dipandang mata. Kecantikan itu tidak dapat dinikmati oleh  orang yang buta. Bagaimana Allah boleh menciptakan alam yang serba cantik ini kalau Dia buta? Sudah tentu Dia maha melihat. Dia melihat dari sebesar-besar perkara hingga ke sekecil-kecil perkara. Lagi pula Allah maha sempurna dan Dia tidak punya sebarang kecacatan. Maka tanda sempurna Allah, Dia bersifat Maha Melihat.


3) KESAN MEYAKINI ALLAH BERSIFAT BASOR

 

Seorang yang meyakini Allah bersifat Basor akan...

a) Rajin berbuat amal soleh

b) Sentiasa menjauhi amalan keji 

c) Bertambah baik akhlak dan perangai

d) Menambahkan keharmonian dalam masyarakat.

e) Mendapat rahmat daripada Allah SWT.


4) PERBEZAAN SIFAT BASOR ALLAH DAN SIFAT MELIHAT MAKHLUK

a) Allah melihat segala sesuatu sedangkan makhluk yang lain melihat dengan pandangan yang terbatas.

b) Allah tidak memerlukan alat untuk mendengar sedangkan makhluk perlukan alat pendengaran seperti telinga, deria dan alat tertentu.

c) Allah melihat selama-lamanya tetapi makhluk tidak melihat selama-lamanya, akan menjadi rabun, buta dan akhirnya mati dan tidka melihat lagi.






 

Thursday, January 28, 2021

NOTA 1:AKIDAH (ALLAH BERSIFAT SAMAK)

 
 
 
 1) PENGERTIAN SAMAK

Samak ertinya Allah Maha Mendengar




2) DALIL ALLAH BERSIFAT SAMAK


a) Dalil Naqli


 

Ertinya:

Makah Allah akan memeliharamu (Wahai Muhammad) dan Dialah juga yang Maha Mendengar lagi Maha mengetahui.



3) Dalil Aqli



Jika Allah tidak mendengar, itu bermakna Allah pekak. Tentulah tidak masuk akal, Allah Tuhan yang menciptakan alam semesta yang luas ini dan mentadbirnya, bersifat dengan PEKAK. Tuhan yang maha sempurna TIDAK BOLEH ada kecacatan sedikit pun!



4) PERBEZAAN ANTARA SIFAT SAMAK ALLAH DENGAN SIFAT SAMAK MAKHLUK









5) KESAN BERIMAN DENGAN SIFAT SAMAK


1- AKAN MENJAGA TUTUR KATA SERTA BISIKAN HATI DARIPADA DOSA.
2- žSENTIASA BERDOA MEMOHON PERTOLONGAN ALLAH
ž3- BANYAK MEMBACA AL-QURAN DAN BEZIKIR
4- žHIDUP MENDAPAT BERKAT DARIPADA ALLAH. 




SEKIAN WASALAM