Pages

Thursday, September 30, 2021

ULANGKAJI - PERKARA SAM'IYYAT WAJIB DIYAKINI

  1. PDPR hari ini adalah ulangan kepada pembelajaran yang telah dilakukan sebelum ini
  2. Tajuk hari ini adalah berkaitan Perkara Sam'iyyat iaitu:

" PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DAPAT DICAPAI OLEH 5 PANCAINDERA MANUSIA  (MATA, TELINGA, LIDAH, HIDUNG DAN KULIT)

PERKARA SAM'IYYAT  dinamakan juga PERKARA GHAIBIYYAT (     Ø§Ù„أمور الغيبيات   ) 

3) Baca nota-nota di bawah dan fahami.

4) Jawab soalan yang disediakan di bawah gambar-gambar nota-nota buku teks ini:












 5) PERHATIAN: Tajuk hari ini pernah dibincangkan sebelum ini: Sila klik  untuk baca semula:

Tuesday, September 28, 2021

NOTA 33: PRAKTIS JAWI

  Tugasan PDPR JAWI hari ini (28/9/2021):


  1. Salin latihan ini dalam buku AJ
  2. Anda dikehendaki keluarkan 10 perkataan jawi menggunakan huruf-huruf dalam perkataan ...

    3. Laporkan kehadiran anda dalam PDPR hari ini di link di sebelah...



    4. Di minta tulis komen anda di bawah. Contoh komen anda: 


Saya Dina sudah siap kerja ustaz!
Saya Andy sudah baca dan akan buat malam ni ustaz!
Saya Dini sudah buat dalam buku AJ!



Komen apa aja! Select sebagai anonymous




Monday, September 27, 2021

TILAWAH AL-QURAN (27 SEPTEMBER 2021)

  KANDUNGAN PEMBELAJARAN HARI INI:

  • Membaca surah:
  1. ABASA
  2. AT-TAKWIR
  3. AL-INFITOR
  4. AL-MUTAFFIFIN

STANDARD PEMBELAJARAN

  • Membaca 4 surah di atas dengan betul dan bertajweed.



OBJEKTIF PEMBELAJARAN HARI INI

  • Murid dapat membaca surah dengan bimbingan guru
  • Murid dapat membaca surah dengan betul
  • Murid dapat membaca surah dengan betul mengikut hukum tajweed.



AKTIVITI  PEMBELAJARAN
  • Murid membaca 4 Surah yang diberikan secara kendiri. Sila rujuk laman berikut:

https://app.quranflash.com/book/MedinaOld?en#/reader/chapter/587?vi=0

  • Murid menjawab soalan kuiz ringkas yang diberikan
           https://forms.gle/8BqV4nJ4c9F2FmXH8


  • Murid melaporkan kehadiran PDPR di link yang disediakan  di sebelah.



UJIAN PDPR AL-QURAN HARI INI (KLIK  <<< UNTUK PAPARAN GOOGLE FORM)


Sunday, September 26, 2021

TASMIK 26/9/2021 (AHAD)

1.    Murid-murid dikehendaki membaca Al-Quran/ Iqrak mengikut mukasurat masing-masing.lakukan secara kendiri.


2.Semak Bacaan yang anda rekodkan pada minggu yang lalu di Link berikut:

https://docs.google.com/spreadsheets/d/e/2PACX-1vTMBk84ARfojb2v95vtUw0g1SjMmSRBRGKr5niZT0LPnKXOEK4ahUqqViQsUYhWmlqT0oIOg7bJjmmB/pubhtml?gid=327675560&single=true


  3.     Setelah membaca, murid-murid hendaklah mengisi rekod bacaan pada link di bawah:


https://forms.gle/wKLUX7SbVo7HctU28


3.    Jangan lupa isi kehadiran PDPR hari ini dengan membuat klik link di sebelah.

Thursday, September 23, 2021

KISAH NABI MUSA BERCAKAP DENGAN ALLAH

1)  Sila baca nota yang diambil daripada buku teks M/S 84  di bawah:




2) Jawab Soalan-soalan yang diberikan di bawah:

@ Klik SOALAN KUIZ untuk paparan penuh Google Form


Tuesday, September 21, 2021

NOTA 32: PRAKTIS JAWI ( Lorek jawapan yang betul )

 Tugasan PDPR JAWI hari ini (21/9/2021):


  1. Salin latihan ini dalam buku AJ
  2. Anda dikehendaki MENULIS SEMULA 5 SOALAN DI BAWAH DAN LOREKKAN JAWAPAN YANG BETUL.

 

 


 


          3. Laporkan kehadiran anda dalam PDPR hari ini di link di sebelah...



    4. Di minta tulis komen anda di bawah. Contoh komen anda: 


Saya Dina sudah siap kerja ustaz!
Saya Andy sudah baca dan akan buat malam ni ustaz!
Saya Dini sudah buat dalam buku AJ!



Komen apa aja! Select sebagai anonymous




Monday, September 20, 2021

TILAWAH AL-QURAN (20 SEPT 2021)

  KANDUNGAN PEMBELAJARAN HARI INI:

  • Membaca surah:
  1. Al-Mursalat, 
  2. An_Nabaa' 
  3. An-Nazi'aat

STANDARD PEMBELAJARAN

  • Membaca 3 surah di atas dengan betul dan bertajweed.



OBJEKTIF PEMBELAJARAN HARI INI

  • Murid dapat membaca surah dengan bimbingan guru
  • Murid dapat membaca surah dengan betul
  • Murid dapat membaca surah dengan betul mengikut hukum tajweed.



AKTIVITI  PEMBELAJARAN
  • Murid membaca 3 Surah yang diberikan secara kendiri. Sila rujuk laman berikut:

https://app.quranflash.com/book/MedinaOld?en#/reader/chapter/582?vi=0

  • Membaca bersama ustaz dalam Voice Chat Telegram( Arahan akan diberikan dalam Grup Whatsapp):

           https://t.me/joinchat/z21IgqdPQ7plNjBl

  • Murid menjawab soalan kuiz ringkas yang diberikan
          

  • Murid melaporkan kehadiran PDPR di link yang disediakan.


UJIAN PDPR AL-QURAN HARI INI


Thursday, September 9, 2021

Tuesday, September 7, 2021

SLOT 3: KEM BESTARI SOLAT-BACAAN DOA QUNUT

 1) Para peserta KBS hendaklah membaca dan menghafaz doa Qunut di bawah:







2) Sila tonton video ini untuk memastikan bacaan yang betul:



4) Keterangan:

-Doa Qunut dibacakan dalam rakaat kedua solat Subuh, iaitu selepas bangun dari rukuk.
-Hukum membaca doa Qunut adalah Sunat Ab'ad (menurut amalan Mazhab Syafie)
-Jika seseorang terlupa atau sengaja meninggalkan dia Qunut, maka hendaklah dia Sujud Sahwi iaitu Sujud 2 kali selepas selesai baca Tahiyyat Akhir dan sebelum memberi Salam.
-Jika seseorang lupa doa qunut atau sengaja meninggalkannya dan lupa pula melakukan sujud Sahwi, solatnya tetap SAH.
-Jika ada sesuatu musibah besar melanda negara atau ummat Islam, maka bolehlah doa Qunut itu dibaca dengan tambahan bacaan Qunut Nazilah
-Qunut Nazilah boleh dilakukan dalam semua solat Fardhu maupun solat Sunat.
-Apakah bacaan Qunut Nazilah, akan dipelajari pada masa yang lain.

Monday, September 6, 2021

SLOT 2: KEM BESTARI SOLAT 2021




 1) LAFAT-LAFAZ NIAT SOLAT LIMA WAKTU & SOLAT JUMAAT




2) TAKBIRATUL IHRAM

Perhatian:

-Ada dua cara angkat Takbiratul Ihram. Mana-mana dua cara ini adalah betul dan sesuai dengan Sunnah Nabi SAW:




3) DOA IFTITAH

-Membaca doa iftitah adalah sunat. 
-Ia adalah salah satu perkara SUNAT HA'Ah dalam solat. Klik Perkara Sunat dalam Solat untuk melihat pembahagian Sunat Ha'ah dan Sunat Ab'adh.
-Ia dilakukan setelah takbiratul ihram dan sebelum membaca Surah Al-Fatihah.
-Hafaz doa iftitah di bawah!



4) MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

- Membaca Surah Al-Fatihah adalah salah satu RUKUN dalam solat.

-Ia dilakukan selepas Takbital Ihram dan bacaan Doa Iftitah.

-Kerana ia RUKUN SOLAT, jika ditinggalkan atau salah bacaannya, maka solat TIDAK SAH.

-Bacaan Al-Fatihah perlu memenuhi syarat-syaratnya. Sila Klik di sini untuk mengetahui syarat-syarat bacaan Surah Fatihah.

-Sila praktis hingga benar-benar mahir dan BETUL bacaannya dari segi tajweed.







JAWAB SOALAN LATIHAN DI BAWAH

klik SOALAN LATIHAN KBS SLOT 2(TATACARA SOLAT) untuk paparan Google Form.

Thursday, September 2, 2021

NOTA 31: PENDIDIKAN ISLAM (HADIS)

ARAHAN PEMBELAJARAN PDPR HARI INI:

1) Anda dikehendaki menulis nota mengenai Bidang Hadis di bawah ke dalam buku US.

2) Jawab Soalan Ujian yang diberikan di bawah nota ini.

3) laporan kehadiran anda ke dalam kelas PDPR melalui link ehadir di sebelah kiri blog ini.


Tajuk: HINDARI RASUAH



Maksud Hadis:

Daripada Abu Hurairah R.A, beliau telah berkata: Rasulullah SAW telah melaknat orang yang memberi rasuah dan yang menerima rasuah dalam penghakiman.
(Hadis riwayat At-Tarmizi)

1) MAKNA RASUAH

Rasuah ialah satu pemberian yang diberikan kepada seseorang dengan tujuan menukar perkara yang salah menjadi benar.


2) CONTOH RASUAH

a) Seorang telah ditangkap oleh pihak polis kerana kesalahan mengendar dadah, lalu dia memberikan kepada polis itu sejumlah wang agar dia dibebaskan.

b) Seorang murid yang malas belajar memberikan hadiah kepada gurunya agar gurunya itu memberikan markah tinggi untuknya dalam peperiksaan.

d) Seorang menteri menerima komisen daripada seorang tauke agar dia boleh menolong tauke itu mendapat kontrak perniagaan yang lebih besar.

e) Seorang pegawai Imegresen melepaskan seorang warga asing masuk ke dalam negara tanpa passport yang sah setelah diberi wang RM1000.00


3) PERBEZAAN ANTARA RASUAH DAN HADIAH

1) Niat pemberi RASUAH adalah untuk menukar sesuatu yang salah ( Batil ) menjadi benar (Haq) sedangkan niat pemberi HADIAH adalah untuk kasih sayang, penghargaan, persahabatan atau lain-lain niat yang baik.

2) Pemberi RASUAH mengharapkan balasan sedangkan pemberi HADIAH ikhlas kerana Allah.

3) Penerima RASUAH akan terikat untuk melakukan sesuatu sedangkan penerima HADIAH tidak terikat untuk melakukan sesuatu.

4) Orang yang diberi rasuah umumnya adalah orang yang ada kuasa untuk mengubah sesuatu keadaan sedangkan orang yang diberi hadiah tiada sebarang kuasa mengubah keadaan.

5) Rasuah adalah dosa besar sedangkan HADIAH adalah amalan baik yang diberikan ganjaran pahala.



4) KESAN BURUK RASUAH

a) Kebenaran dan kesalahan akan menjadi mainan mengikut hawa nafsu

b) Orang-orang yang berniat jahat semakin berleluasa dan menguasai keadaan dengan bantuan harta dan wang ringgit yang mereka miliki.

c) Orang-orang yang baik akan semakin tertindas 

d) Negara tidak lagi mengikut hukum undang-undang tetapi akan mengikut HUKUM RIMBA iaitu siapa yang kuat dia menang dan siapa lemah akan kalah.



5) LANGKAH-LANGKAH MENANGANI RASUAH

a) Menanamkan pendidikan agama yang mantap dengan penekanan halal haram dalam tindakan

b) Membudayakan sikap BENCI RASUAH dalam masyarakat melalui kempen-kempen yang pelbagai.

c) Tindakan tegas dan penuh integriti badan yang bertanggungjawab membasmi RASUAH seperti SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)

Nota Tamat....


UJIAN PENDIDIKAN ISLAM (HADIS)-2 SEPTEMBER 2021

Klik Di Sini untuk paparan Google Form