ARAHAN PEMBELAJARAN PDPR HARI INI:
1) Anda dikehendaki menulis nota mengenai Bidang Hadis di bawah ke dalam buku US.
2) Jawab Soalan Ujian yang diberikan di bawah nota ini.
3) laporan kehadiran anda ke dalam kelas PDPR melalui link ehadir di sebelah kiri blog ini.
Tajuk: HINDARI RASUAH
Maksud Hadis:
Daripada Abu Hurairah R.A, beliau telah berkata: Rasulullah SAW telah melaknat orang yang memberi rasuah dan yang menerima rasuah dalam penghakiman.
(Hadis riwayat At-Tarmizi)
1) MAKNA RASUAH
Rasuah ialah satu pemberian yang diberikan kepada seseorang dengan tujuan menukar perkara yang salah menjadi benar.
2) CONTOH RASUAH
a) Seorang telah ditangkap oleh pihak polis kerana kesalahan mengendar dadah, lalu dia memberikan kepada polis itu sejumlah wang agar dia dibebaskan.
b) Seorang murid yang malas belajar memberikan hadiah kepada gurunya agar gurunya itu memberikan markah tinggi untuknya dalam peperiksaan.
d) Seorang menteri menerima komisen daripada seorang tauke agar dia boleh menolong tauke itu mendapat kontrak perniagaan yang lebih besar.
e) Seorang pegawai Imegresen melepaskan seorang warga asing masuk ke dalam negara tanpa passport yang sah setelah diberi wang RM1000.00
3) PERBEZAAN ANTARA RASUAH DAN HADIAH
1) Niat pemberi RASUAH adalah untuk menukar sesuatu yang salah ( Batil ) menjadi benar (Haq) sedangkan niat pemberi HADIAH adalah untuk kasih sayang, penghargaan, persahabatan atau lain-lain niat yang baik.
2) Pemberi RASUAH mengharapkan balasan sedangkan pemberi HADIAH ikhlas kerana Allah.
3) Penerima RASUAH akan terikat untuk melakukan sesuatu sedangkan penerima HADIAH tidak terikat untuk melakukan sesuatu.
4) Orang yang diberi rasuah umumnya adalah orang yang ada kuasa untuk mengubah sesuatu keadaan sedangkan orang yang diberi hadiah tiada sebarang kuasa mengubah keadaan.
5) Rasuah adalah dosa besar sedangkan HADIAH adalah amalan baik yang diberikan ganjaran pahala.
a) Kebenaran dan kesalahan akan menjadi mainan mengikut hawa nafsu
b) Orang-orang yang berniat jahat semakin berleluasa dan menguasai keadaan dengan bantuan harta dan wang ringgit yang mereka miliki.
c) Orang-orang yang baik akan semakin tertindas
d) Negara tidak lagi mengikut hukum undang-undang tetapi akan mengikut HUKUM RIMBA iaitu siapa yang kuat dia menang dan siapa lemah akan kalah.
5) LANGKAH-LANGKAH MENANGANI RASUAH
a) Menanamkan pendidikan agama yang mantap dengan penekanan halal haram dalam tindakan
b) Membudayakan sikap BENCI RASUAH dalam masyarakat melalui kempen-kempen yang pelbagai.
c) Tindakan tegas dan penuh integriti badan yang bertanggungjawab membasmi RASUAH seperti SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)
Nota Tamat....
UJIAN PENDIDIKAN ISLAM (HADIS)-2 SEPTEMBER 2021
Klik Di Sini untuk paparan Google Form
0 comments:
Post a Comment