Pages

Thursday, May 27, 2021

NOTA 9: SIRAH- KEWAFATAN RASULULLAH SAW

 1) SEMUA MANUSIA AKAN MATI

Sebagai manusia, Rasulullah SAW pun mati. Betapa mulia dan hebat seorang itu, dia akan tetap mati. Yang kekal  hidup tidak mati hanyalah Allah SWT.  Allah berfirman dalam Surah Az-Zumar: Ayat 30:


إِنَّكَ مَيِّتٌ وَإِنَّهُم مَّيِّتُونَ (30)

" Sesungguhnya kamu (wahai Muhamamd) akan mati dan sesunggunya mereka (Orang yang menentangmu dan yang mendokongmu) juga akan mati".




ِAllah juga berfirman dalam Surah Ali Imran, ayat 144:

 وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ الرُّسُلُ ۚ أَفَإِن مَّاتَ أَوْ قُتِلَ انقَلَبْتُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ ۚ وَمَن يَنقَلِبْ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ فَلَن يَضُرَّ اللَّهَ شَيْئًا ۗ وَسَيَجْزِي اللَّهُ الشَّاكِرِينَ (144)

" Dan Muhamamd itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang telah datang sebelumnya beberapa Rasul. Apakah jika diamati atau terbunuh , kamu akan berpaling mudur ( dari ajarannya)? Sesiapa yang berpaling ke belakang, maka dia tidak membahayakan Allah sedikit pun. Allah akan memberi ganjaran pahala kepada orang yang bersyukur".


2) TARIKH WAFATNYA (MATINYA) RASULULLAH SAW

Rasulullah wafat pada 12 Rabiul Awal tahun ke-10 H


3) USIA RASULULAH KETIKA WAFAT

63 tahun.


4) DETIK PERISTIWA SEBELUM KEWAFATAN RASULULLAH SAW

a) Kira-kira 3 bulan selepas peristiwa Haji Perpisahan ( Haji Widak) yang dilakukan Rasulullah, baginda jatuh sakit.

b) Baginda mula jatuh sakit ketika baginda berada di rumah salah seorang isterinya yang bernama Maimunah. Ketika itu baginda baru pulang daripada menzirah perkuburan Al-Baqi'.

c) Sebelum jatuh sakit, baginda sempat menubuhkan pasukan tentera dan diletakkan di bawah kepimpinan Usamah bin Zaid untuk pergi berperang menumpaskan musuh Islam di tanah Syam. Namun dalam perjalanan , khabar sakitnya nabi SAW sampai kepada mereka dan mereka pun berhenti di satu tempat bernama Al-Jaraf.

d) Rasulullah meminta persetukuan isteri-isteri baginda untuk berada di rumah Aisyah semasa sakitnya dan mereka semua bersetuju.

e) Walaupun keadaan baginda tidak sihat, baginda tetap keluar mengimamkan solat berjemaah di masjid dengan dipapah oleh sahabat.

f) Bila keadaan baginda sudah terlalu lemah, baginda menyuruh Abu Bakar As-Siddiq menggantikan baginda sebagai imam solat berjemaah.

g) Baginda menanggung sakit selama 13 hari.

h) Menurut riwayat dalam hadis Bukhari, Aisyah r.a menceritakan bahawa nabi mengadu kepadanya bahawa makanan beracun yang dijamahnya semasa di Khaibar (nama Kota orang Yahudi) menggangu tubuhnya. Kerana itu para ulama menyifatkan nabi SAW juga mati syahid.


5) PERKATAAN TERAKHIR NABI SEBELUM WAFAT

Ucapan nabi SAW sebelum wafat sambil mengangkat tangan ke atas dan menunjukkan jari ke langit:

اللهم في الرفيق الأعلى

" Ya Allah, aku memilih bersama teman-teman di tempat yang teratas( mereka yang telah meninggal dari kalangan para Nabi, Siddiqin, Syuhadaa dan Solihin)".


6) KEADAAN PARA SAHABAT SELEPAS WAFAT NABI

a) Sudah tentu berita kewafatan nabi SAW amat mengejutkan para sahabat nabi dan membuatkan mereka sangat berdukacita.

b) Umar Al-Khatab sahabat nabi yang dekat merasa sangat sedih dan hilang kawalan diri. Beliau mengancam dengan pedangnya sesiapa yang mengatakan Rasulullah telah wafat. Belia mengatakan Rasulullah hanya pergi bermunajat dengan Allah sebagai Musa bermunajat dengan Allah di Tursina. Bila Abu Bakar membacakan ayat Al-Quran, Surah Ali Imran, ayat 144( Seperti di atas), barulah Umar Al-Khattab menjadi tenang dan menerima kenyataan. Kata Abu Bakar As-Siddiq:

" Sesiapa yang menyembah Muhammad SAW, maka sesungguhnya dia telah mati, tetapi sesiapa yang menyembah Allah, Dia kekal hidup dna tidka mati".


7) MANDI JENAZAH NABI DAN PENGKEBUMIAN


a) Siapakah sahabat nabi memandikan baginda Rasulullah SAW"

Mereka ialah Ali bin Abi Talib, Al-Fadhl bin Al-Abbas, Qusam bin Al-Abbas dan Usamah bin Zaid (Mereka semua adalah kerabat terdekat nabi SAW)


b) Baginda wafat hari Isnin, di mandikan hari Selasa dan dikebumikan malam Rabu. (kelambatan pengkebumian nabi adalah kerana masalah perlantikan Khlaifah (pemimpin pengganti Rasulullah SAW)


c) Para sabahat mulanya berbeza pendapat tentang di negeri mana nabi perlu dikebumikan. Sama ada di Mekah, negeri asalnya, Madinah, tempat wafatnya atau di Baitul Maqdis, tempat nenek moyangnya para nabi dikebumikan. Abu Bakar As-Sidiq memberikan keputusan berdsarkan hadis nabi bahawa Nabi Muhamamd perlu dikebumikan di Madinah, dalam bilik Aisyah, sebelah katil pembaringan tempatnya menghembuskan nafas terakhir.


8) SOLAT JENAZAH NABI

Solat ke atas jenazah nabi dilakukan secara perseorangan. Tidak ada imam yang mengetuai solat jenazah. Para sahabat masuk ke bilik tempat jenazah nabi secara seorang atau berkumpulan dan mendirikan solat masing-masing. Mulai daripada sabahat lelaki, kemudian sahabat perempuan dan seterusnya kanak-kanak.


9) PESAN NABI KEPADA ANAKNYA FATIMAH AZ-ZAHRAA'.

Fatimah Az-Zahra sangat sedih ketika melihat keadaan ayahnya yang sakit. Satu hari dia datang duduk di sisi nabi SAW dan nabi membisikkan sesuatu kepadanya. Dia menangis. Kemudian nabi membisikan sesuatu yang lain kepadanya. Dia ketawa. Bisikan pertama nabi mengkhabarkan kepadanya baahawa baginda akan wafat. Bisikan kedua ialah bahawa Fatimah akan orang pertama yang akan menyusulnya ke alam baqa.

6 Bulan setelah wafatnya nabi, wafatlah pula Fatimah Az-Zahraa'.


UJIAN: Sila jawab soalan yang diberikan. Klik di bawah:


SOALAN UJIAN UNTUK ANDA


  1. Anda mempunyai masa menajawab sehingga jam 11.30 malam  ini.
  2. Sila tulis nama penuh anda supaya ustaz boleh kenal siapa yang menjawab.






Tuesday, May 25, 2021

SOALAN UJIAN PENDIDIKAN ISLAM (HUKUM TAJWID)

 Sila Jawab Soalan Ujian yang diberikan.

Terdapat 12 Soalan berkaitan hukum hakam Tajwid yang perlu anda jawab.  Sila Jawab semua soalan.

Anda boleh merujuk kepada nota Tajwid yang ditulis sebelum ini atau merujuk kepada buku Teks Pendidkan Islam M/S 36-38




Selamat Mencuba...Jawab dengan berhati-hati. Rujuk Nota dan buku Teks sambil menjawab.

 

Klik di sini untuk melihat saoaln-soalan yang bakal menguji kemampuan anda:


https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeN1RHPhD8vPSmb97JtDIVCsxDcwIS3qtDOY7PzuZlIkYUJFQ/viewform


Sunday, May 23, 2021

ALQURAN DAN HUKUM TAJWEED

Perhatian: Sila Salin nota ini ke dalam buku AJ (bahagian depan-AlQuran)


 IZHAR HALQI

1) PENGERTIAN IZHAR HALQI


Izhar Halqi ialah apabila nnun mati atau tanwin bertemu dengan  mana-mana enam huruf Izhar iaitu :

ح خ ع غ ه ء


2) CONTOH AYAT ALQURAN YANG MENGANDUNGI HUKUM IZHAR


3) CARA BACAAN IZHAR


Menyebut dengan jelas bunyi nun mati atau tanwin tanpa bunyi dengung pada kedua-duanya.


IDGHAM MA'AL GHUNNAH

1) Pengertian Idgham Ma'al Ghunnah

Iaitu apabila nun mati atau tanwin bertemu dengan mana-mana hurufnya yang empat iaitu:

ي و م ن

2) Contoh-contoh ayat yang mengandungi hukum Idgham Bila Ghunnah


3) HUKUM BACAAN IDGHAM MA'AL GUNNAH

Hendaklah memasukkan bunyi nun mati atau tanwin ke dalam huruf
  ي و م ن  berserta dengan bunyi dengung pada kadar 2 harkat.


IDGHAM BILA GHUNNAH

1) Pengertian Idgham Bila Ghunnah

Iaitu apabila nun mati atau tanwin bertemu dengan mana-mana dua hurufnya iaitu: ل  dan  ر


2) Contoh-contoh ayat Al-Quran yang mengandungi hukum Idgham Bila Ghunnah.


3) Hukum Bacaan Idgham Bila Ghunnah

Memasukkan bunyi nun atau tanwin ke dalam huruf  ل  dan  ر tanpa bunyi dengung


PERHATIAN:

1) Hukum Izhar berlaku apabila nun mati dan tanwin bertemu dengan mana-mana huruf Izhar dalam satu kalimah atau pun dalam dua kalimah.

2) Hukum Idgham sama ada Ma'al Ghunnah atau Bila Ghunnah hanya berlaku apabila nun mati dan tanwin bertemu dengan huruf-huruf idgham dalam dua kalimah yang berbeza ( Nun mat/Tanwin dalam kalimah lain sedangkan huruf Idgham berada dalam kalimah lain)-Rujuk Contoh yang diberi.

3) Jika Berlaku keadaan di mana nun mati atau tanwin bertemu dengan huruf-huruf Idgham dalam satu kalimah, maka ia dinamakan Izhar Mutlak. Contohnya:





Thursday, May 20, 2021

SOALAN UJIAN PENDIDIKAN ISLAM

 

Sila Jawab Soalan Ujian yang diberikan.

Jika anda dapat menjawab 10 soalan dengan betul tanpa ada kesilapan langsung, hadiah daripada Ust Kama akan anda dapat bila sekolah dibuka nanti. 

 

Selamat Mencuba...

 

Klik di sini untuk melihat saoaln-soalan yang bakal menguji kemampuan anda:

 https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeTh1NbHjkAMiVZZlh8Nn9JUhsntjpDwTR67OE2svQvUukahw/viewform

KEFAHAMAN AL-QURAN: SURAH DUHA


Tugasan Murid:

  1. Dengar video di atas.
  2. Salin Surah Ad-Duha ke dalam buku AJ, pada bahagian Al-Quran (bukan bahagian Jawi). Rujuk Buku Teks, Muka Surat 28-29. 














Wednesday, May 19, 2021

NOTA 8: Akidah (BERIMAN DENGAN PERKARA SAM'IYYAT)


TUGASAN MURID:

  1. Dengar video ustaz di atas.
  2. Salin nota di bawah ke dalam buku tulis US.


 1) PENGERTAIAN SAM'IYYAT


Sam'iyyat ialah perkara-perkara ghaib yang tidak dapat diketahui mengenainya melalui pancaindera yang lima dan hanya dapat diketahui melalui wahyu Allah dalam Al-Quran dan juga Sabda Nabi SAW dalam hadis-hadis.


2) LIMA PANCAINDERA

LIMA pancaindera yang kita miliki ialah:

a) Mata untuk melihat

b) Telinga untuk mendengar

c) Hidung untuk mencium

d) Lidah untuk merasai/mencicipi.

e) Kulit untuk menyentuih


3) DALIL WAJIB BERIMAN DENAGN PERKARA SAM'IYYAT

Rujuk Surah Al-Baqarah: Ayat 3



الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ


Iaitu orang yang percaya dengan perkara ghaib


4) CONTOH-CONTOH PERKARA SAM'IYYAT

A) Adanya Allah

b) Adanya malaikat 

c) Adanya alam Barzah-alam kubur.

d) Luh Mahfuz- Papan tulis agung yang tercatat takdir makhluk.

e) Syurga dan Neraka

f) Mahsyar- Tempat perhimpunan manusia di akhirat setelah hidup semula.

g) Mizan-Alat timbangan amal baik dan jahat di hari Mahsyar.

h) Sirat- Jambatan yang merentang atas neraka menuju Syurga.

i) Baitul makmur-Binaan tempat tawaf malaikat di langit ke-7.

j) Bidadari Syurga

k) Arasy Allah SWT

l) Wujudnya jin dan Syaitan


Semua perkara di atas tidak dapat dikenalpasti tentangnya dengan menggunakan akal fikiran atau kajian makmal. Ia hanya diketahui melalui khabar yang disampaiukan oleh Allah SWT dalam Quran atau Hadis  Nabi SAW.


5) KESAN-KESAN BAIK JIKA BERIMAN DENGAN PERKARA SAM'IYYAT


a) Akan membentuk diri menjadi manusia yang bertakwa

b) Menambahkan rajin beramal soleh untuk hari akhirat

d) Tidak akan berlagak sombong dalam hidup dunia

e) Akan mendidik diri supaya sentiasa berwaspada