1) SEMUA MANUSIA AKAN MATI
Sebagai manusia, Rasulullah SAW pun mati. Betapa mulia dan hebat seorang itu, dia akan tetap mati. Yang kekal hidup tidak mati hanyalah Allah SWT. Allah berfirman dalam Surah Az-Zumar: Ayat 30:
إِنَّكَ مَيِّتٌ وَإِنَّهُم مَّيِّتُونَ (30)
" Sesungguhnya kamu (wahai Muhamamd) akan mati dan sesunggunya mereka (Orang yang menentangmu dan yang mendokongmu) juga akan mati".
ِAllah juga berfirman dalam Surah Ali Imran, ayat 144:
وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ الرُّسُلُ ۚ أَفَإِن مَّاتَ أَوْ قُتِلَ انقَلَبْتُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ ۚ وَمَن يَنقَلِبْ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ فَلَن يَضُرَّ اللَّهَ شَيْئًا ۗ وَسَيَجْزِي اللَّهُ الشَّاكِرِينَ (144)
" Dan Muhamamd itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang telah datang sebelumnya beberapa Rasul. Apakah jika diamati atau terbunuh , kamu akan berpaling mudur ( dari ajarannya)? Sesiapa yang berpaling ke belakang, maka dia tidak membahayakan Allah sedikit pun. Allah akan memberi ganjaran pahala kepada orang yang bersyukur".
2) TARIKH WAFATNYA (MATINYA) RASULULLAH SAW
Rasulullah wafat pada 12 Rabiul Awal tahun ke-10 H
3) USIA RASULULAH KETIKA WAFAT
63 tahun.
4) DETIK PERISTIWA SEBELUM KEWAFATAN RASULULLAH SAW
a) Kira-kira 3 bulan selepas peristiwa Haji Perpisahan ( Haji Widak) yang dilakukan Rasulullah, baginda jatuh sakit.
b) Baginda mula jatuh sakit ketika baginda berada di rumah salah seorang isterinya yang bernama Maimunah. Ketika itu baginda baru pulang daripada menzirah perkuburan Al-Baqi'.
c) Sebelum jatuh sakit, baginda sempat menubuhkan pasukan tentera dan diletakkan di bawah kepimpinan Usamah bin Zaid untuk pergi berperang menumpaskan musuh Islam di tanah Syam. Namun dalam perjalanan , khabar sakitnya nabi SAW sampai kepada mereka dan mereka pun berhenti di satu tempat bernama Al-Jaraf.
d) Rasulullah meminta persetukuan isteri-isteri baginda untuk berada di rumah Aisyah semasa sakitnya dan mereka semua bersetuju.
e) Walaupun keadaan baginda tidak sihat, baginda tetap keluar mengimamkan solat berjemaah di masjid dengan dipapah oleh sahabat.
f) Bila keadaan baginda sudah terlalu lemah, baginda menyuruh Abu Bakar As-Siddiq menggantikan baginda sebagai imam solat berjemaah.
g) Baginda menanggung sakit selama 13 hari.
h) Menurut riwayat dalam hadis Bukhari, Aisyah r.a menceritakan bahawa nabi mengadu kepadanya bahawa makanan beracun yang dijamahnya semasa di Khaibar (nama Kota orang Yahudi) menggangu tubuhnya. Kerana itu para ulama menyifatkan nabi SAW juga mati syahid.
5) PERKATAAN TERAKHIR NABI SEBELUM WAFAT
Ucapan nabi SAW sebelum wafat sambil mengangkat tangan ke atas dan menunjukkan jari ke langit:
اللهم في الرفيق الأعلى
a) Sudah tentu berita kewafatan nabi SAW amat mengejutkan para sahabat nabi dan membuatkan mereka sangat berdukacita.
b) Umar Al-Khatab sahabat nabi yang dekat merasa sangat sedih dan hilang kawalan diri. Beliau mengancam dengan pedangnya sesiapa yang mengatakan Rasulullah telah wafat. Belia mengatakan Rasulullah hanya pergi bermunajat dengan Allah sebagai Musa bermunajat dengan Allah di Tursina. Bila Abu Bakar membacakan ayat Al-Quran, Surah Ali Imran, ayat 144( Seperti di atas), barulah Umar Al-Khattab menjadi tenang dan menerima kenyataan. Kata Abu Bakar As-Siddiq:
" Sesiapa yang menyembah Muhammad SAW, maka sesungguhnya dia telah mati, tetapi sesiapa yang menyembah Allah, Dia kekal hidup dna tidka mati".
7) MANDI JENAZAH NABI DAN PENGKEBUMIAN
a) Siapakah sahabat nabi memandikan baginda Rasulullah SAW"
Mereka ialah Ali bin Abi Talib, Al-Fadhl bin Al-Abbas, Qusam bin Al-Abbas dan Usamah bin Zaid (Mereka semua adalah kerabat terdekat nabi SAW)
b) Baginda wafat hari Isnin, di mandikan hari Selasa dan dikebumikan malam Rabu. (kelambatan pengkebumian nabi adalah kerana masalah perlantikan Khlaifah (pemimpin pengganti Rasulullah SAW)
c) Para sabahat mulanya berbeza pendapat tentang di negeri mana nabi perlu dikebumikan. Sama ada di Mekah, negeri asalnya, Madinah, tempat wafatnya atau di Baitul Maqdis, tempat nenek moyangnya para nabi dikebumikan. Abu Bakar As-Sidiq memberikan keputusan berdsarkan hadis nabi bahawa Nabi Muhamamd perlu dikebumikan di Madinah, dalam bilik Aisyah, sebelah katil pembaringan tempatnya menghembuskan nafas terakhir.
8) SOLAT JENAZAH NABI
Solat ke atas jenazah nabi dilakukan secara perseorangan. Tidak ada imam yang mengetuai solat jenazah. Para sahabat masuk ke bilik tempat jenazah nabi secara seorang atau berkumpulan dan mendirikan solat masing-masing. Mulai daripada sabahat lelaki, kemudian sahabat perempuan dan seterusnya kanak-kanak.
9) PESAN NABI KEPADA ANAKNYA FATIMAH AZ-ZAHRAA'.
Fatimah Az-Zahra sangat sedih ketika melihat keadaan ayahnya yang sakit. Satu hari dia datang duduk di sisi nabi SAW dan nabi membisikkan sesuatu kepadanya. Dia menangis. Kemudian nabi membisikan sesuatu yang lain kepadanya. Dia ketawa. Bisikan pertama nabi mengkhabarkan kepadanya baahawa baginda akan wafat. Bisikan kedua ialah bahawa Fatimah akan orang pertama yang akan menyusulnya ke alam baqa.
6 Bulan setelah wafatnya nabi, wafatlah pula Fatimah Az-Zahraa'.
UJIAN: Sila jawab soalan yang diberikan. Klik di bawah:
- Anda mempunyai masa menajawab sehingga jam 11.30 malam ini.
- Sila tulis nama penuh anda supaya ustaz boleh kenal siapa yang menjawab.
0 comments:
Post a Comment