Pages

Showing posts with label TAJWID. Show all posts
Showing posts with label TAJWID. Show all posts

Wednesday, June 16, 2021

NOTA 14: AL-QURAN DAN HUKUM TAJWID (IKHFAK HAQIQI)

1) PENGERTIAN IKHFA' HAQIQI

Ikhfa' Haqiqi bererti menyamarkan atau menyembunyikan bunyi nun mati atau tanwin ke dalam huruf-huruf yang datang selepasnya. Terdapat 15 huruf yang digolongkan sebagai huruf Ikhfa' Haqiqi iaitu:


2) CONTOH IKHFA' HAQIQI

 


 3) CARA BACAAN IKHFA' HAQIQI

 

Hendaklah menyembunyikan bunyi huruf NUN MATI atau TANWIN antara  sifat Izhar dan Idgham serta bunyi dengung pada kadar 2 harkat.

 

4) TONTON VIDEO INI DAN CUBA FAHAMI

 

 


Sunday, May 23, 2021

ALQURAN DAN HUKUM TAJWEED

Perhatian: Sila Salin nota ini ke dalam buku AJ (bahagian depan-AlQuran)


 IZHAR HALQI

1) PENGERTIAN IZHAR HALQI


Izhar Halqi ialah apabila nnun mati atau tanwin bertemu dengan  mana-mana enam huruf Izhar iaitu :

ح خ ع غ ه ء


2) CONTOH AYAT ALQURAN YANG MENGANDUNGI HUKUM IZHAR


3) CARA BACAAN IZHAR


Menyebut dengan jelas bunyi nun mati atau tanwin tanpa bunyi dengung pada kedua-duanya.


IDGHAM MA'AL GHUNNAH

1) Pengertian Idgham Ma'al Ghunnah

Iaitu apabila nun mati atau tanwin bertemu dengan mana-mana hurufnya yang empat iaitu:

ي و م ن

2) Contoh-contoh ayat yang mengandungi hukum Idgham Bila Ghunnah


3) HUKUM BACAAN IDGHAM MA'AL GUNNAH

Hendaklah memasukkan bunyi nun mati atau tanwin ke dalam huruf
  ي و م ن  berserta dengan bunyi dengung pada kadar 2 harkat.


IDGHAM BILA GHUNNAH

1) Pengertian Idgham Bila Ghunnah

Iaitu apabila nun mati atau tanwin bertemu dengan mana-mana dua hurufnya iaitu: ل  dan  ر


2) Contoh-contoh ayat Al-Quran yang mengandungi hukum Idgham Bila Ghunnah.


3) Hukum Bacaan Idgham Bila Ghunnah

Memasukkan bunyi nun atau tanwin ke dalam huruf  ل  dan  ر tanpa bunyi dengung


PERHATIAN:

1) Hukum Izhar berlaku apabila nun mati dan tanwin bertemu dengan mana-mana huruf Izhar dalam satu kalimah atau pun dalam dua kalimah.

2) Hukum Idgham sama ada Ma'al Ghunnah atau Bila Ghunnah hanya berlaku apabila nun mati dan tanwin bertemu dengan huruf-huruf idgham dalam dua kalimah yang berbeza ( Nun mat/Tanwin dalam kalimah lain sedangkan huruf Idgham berada dalam kalimah lain)-Rujuk Contoh yang diberi.

3) Jika Berlaku keadaan di mana nun mati atau tanwin bertemu dengan huruf-huruf Idgham dalam satu kalimah, maka ia dinamakan Izhar Mutlak. Contohnya: