Pages

Thursday, July 14, 2022

IBADAH: HUKUM SEBAGAI MANUAL HIDUP

1) PENGENALAN:

Dalam Islam, ilmu pengetahuan asasnya dipecahkan kepada 3:

1)           Akidah

2)           Fekah

3)           Akhlak

Dalam bidang ilmu Fekah, terbitlah hukum hakam yang disebut sebagai hukum Fekah atau hukum Syariat. Hukum hakam itulah menjadi manual atau panduan dalam perkara-perkara yang berkaitan ibadah. Ia bertujuan agar ibadah yang dilakukan menepati petunjuk yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW dan dengan itu ibadah itu diterima oleh Allah SWT dan diberikan ganjaran pahala. Amal yang diterima disebut sah dan yang ditolak disebut batal.

Hukum Fekah yang menjadi manual hidup seornag muslim boleh dipecahkan kepada 5 jenis iaitu:

  1. Wajib
  2. Haram
  3. Sunat
  4. Makruh
  5. Harus

2) HUKUM HAKAM, DEFINISI DAN CONTOH

i) WAJIB

Iaitu apa yang diberi pahala kerana melakukannya dan berdosa jika meninggalkannya

Contoh-contoh Perkara Wajib:
a) Solat Fardhu 5 Waktu
b) Puasa di bulan Ramadhan
c) Keluarkan zakat
d) Menutup aurat
e) Taat kepada ibu bapa
f) Menuntut ilmu Fardhu Ain
g) Mandi hadas besar/junub  bila mahu solat
h) Menyucikan najis pada tubuh bila mahu solat

ii) HARAM

Iaitu apa yang diberio dosa kerana melakukannya dan diberi pahala bila ia ditinggalkan.

Contoh-comtoh Perkara Haram:
a) Mencuri
b) Minum arak
c) Main Judi & Loteri
d) Amalkan sihir
e) Bergaduh dan cederakan orang
f) Menipu orang
g) Bercakap lucah dan kotor
h) Menconteng dinding tandas

iii) SUNAT

Iaitu apa uang diberi pahala bila melakukannya dan tidak berdosa bila meninggalkannya.

Contoh-contoh Perkara Sunat:
a) Sedekah kepada pengemis/orang susah
b) Solat sunat Duha
c) Puasa Hari Arafah
d) Amalkan zikir dan wirid lepas solat
e) Amalkan doa-doa harian seperti doa naik kenderaan, tidur, masuk tandas dan sebagainya.
f) Memberi makan kepada burung merpati liar.
g) Tolong orang tua melintas jalan.
h) Tolong ibu buat kerja rumah

iv) MAKRUH
Iaitu apa yaang diberi pahala bila ia ditinggalkan dna tidak berdosa jika melakukannya.

Contoh-contoh Perkara Makruh:
a) Biarkan mulut berbau busuk
b) Pakai baju sekolah yang comot
d) Membasuh anggota wuduk lebih daripada 3 kali
e) Tidak memotong kuku yang panjang melebihi 40 hari.
f) Membela katak sebagai kesukaan
c)Pakai wangian masa berpuasa
d) Biarkan bulu ketiak panjang tidak dipotong


v) HARUS

Iaitu apa yang tidak menjadi dosa , bsiuk bils dilakukannnya maupun ditinggalkannya

Contoh-contoh Perkara Harus:
a) Tidur untuk berehat
b) Makan walau tidak lapar
c) Cuci muka bila mengantuk
d) Pakai baju baru ketika mahu  ke kedai
e) Pakai stoking walau hanya berselipar.
f) Gunakan komputer untuk belajar.
g) Main game asalkan ingat waktu solat.


Wednesday, July 13, 2022

AL-QURAN: MAD ARIDH LIS SUKUN ( مد عارض للسكون )

Tonton Video penjelasan berikut:

Buka buku Teks mukasurat 29 sebagai rujukan anda.







Arahan: Salin nota berikut dalam buku AJ.


1) PENGERTIAN MAD ARIDH LIS SUKUN


Iaitu bacaan Mad yang berlaku apabila huruf mad bertemu dengan sukun yang mendatang kerana diwaqafkan pada akhir kalimah. 
  • ‘Aridh bererti mendatang.
  • Lis sukun bererti disebabkan sukun.

2) CONTOH-CONTOH




3) HUKUM BACAAN

Bacaan pada Mad Aridh Lis Sukun mengikut kelajuan bacaan:

Laju: 2 Harkat
Sederhana: 4 Harkat
Perlahan: 6 Harkat


Catatan penting:

1) Hukum bacaan Mad Aridh Lis Sukun hanya berlaku jika waqaf (berhenti) pada akhir ayat.
2) Jika dibaca dengan Wasal (Sambung) maka hukum maka hukumnya menjadi mad asli.

AL-QURAN : MAD LIN

Tonton Video penjelasan berikut:

Buka buku Teks mukasurat 28 sebagai rujukan anda.

Arahan: Salin nota berikut dalam buku AJ.


1) PENGERTIAN

Mad Lin adalah kalimat yang dibaca dengan lembut dan halus. Mad secara bahasa artinya panjang, sementara lin artinya lunak.

Mad Lin terjadi ketika huruf berbaris atas (fathah dan dhomah) bertemu dengan huruf ya (ي) atau wau (و ) bertanda sukun. Sedangkan, di depannya ada lagi satu huruf yang dimatikan karena waqaf (berhenti).


2) CONTOH

Contoh-contoh Mad Lin boleh didapati dalam dalah surah Quraisy. Perhatikan pada tempat yang dibulat merah dalah surah ini:

Contoh-contoh dalam Surah Quraisy:


Contoh contoh lain boleh dilihat dalam petikan ayat-ayat berikut:






3) HUKUM  BACAAN MAD LIN

Kadar panjang bacaan pada mad Lin bergantung kepada cara bacaan:

Laju: 2 Harkat
Sederhana: 4 Harkat
Perlahan: 6 Harkat


Catatan penting:

1) Hukum bacaan Mad Lin hanya berlaku bila contoh-contoh di atas dibaca dengan waqaf (berhenti).
2) Jika dibaca dengan Wasal (Sambung) maka hukum mad Lin tidak berlaku, sebaliknya dikekalkan sifat lembutnya. 


SOALAN UJIAN AL-QURAN

 Jawab Soalan berikut:


Jawab dalam borang yang disediakan di bawah:



Thursday, July 7, 2022

SOALAN UJIAN AKHLAK ISLAMIYYAH

 Baca soalan-soalan di bawah dan buat pilihan jawapan yang betul.



Jawab soalan dengan membuat pilihan jawapan dalam borang di bawah.



SOALAN UJIAN SIRAH

Baca soalan-soalan di bawah  dengan teliti dan tentukan pilihan jawapan anda.


Tandakan jawapan anda dalam Borang Jawapan di bawah.


SOALAN UJIAN IBADAH

 Baca soalan-soalan berikut dengan teliti dan tentukan pilihan jawapannya.



Jawab dalam borang di bawah


SOALAN UJIAN AKIDAH (PDPR 7 JULAI 2022)

Masalah gendala bekalan air telah berlaku di banyak kawasan dalam daerah Kulim dan Padang Serai. Ia dikatakan berikutan kejadian banjir kepala air yang melanda kawasan Baling. Sungai Kuala Ketil yang menjadi sumber utama bekalan air untuk SADA mengalami kepekatan lumpur yang melampau.  Ia dijangka berlarutan sehari atau dua hari. Maka pihak PPD mengumumkan PDPR di Sekolah.

Murid menjalankan aktiviti pembelajaran di rumah secara PDPR.

Untuk tujuan itu, bahan di bawah disediakan. Murid dikehendaki menjawab soalan yang diberikan di bawah. Jawab dalam borang yang diletakkan di bawah soalan. Kemudahan gadget samada HP atau komputer akan membantu anda dalam beraktiviti ini.

Anda juga dikehendaki melaporkan kehadiran PDPR dengan meng'Klik" link di sebelah:


Setelah laporkan kehadiran baru jawab soalan-soalan di bawah. Baca dengan teliti dan tandakan pilihan jawapan anda dalam Borang Jawapan.

Sekian, selamat beraktiviti!



 Sila tandakan jawapan anda pada link yang diberikan di bawah.