Tonton Video penjelasan berikut:
Buka buku Teks mukasurat 29 sebagai rujukan anda.
Arahan: Salin nota berikut dalam buku AJ.
1) PENGERTIAN MAD ARIDH LIS SUKUN
Iaitu bacaan Mad yang berlaku apabila huruf mad bertemu dengan sukun yang mendatang kerana diwaqafkan pada akhir kalimah.
- ‘Aridh bererti mendatang.
- Lis sukun bererti disebabkan sukun.
2) CONTOH-CONTOH
Bacaan pada Mad Aridh Lis Sukun mengikut kelajuan bacaan:
Laju: 2 Harkat
Sederhana: 4 Harkat
Perlahan: 6 Harkat
Catatan penting:
1) Hukum bacaan Mad Aridh Lis Sukun hanya berlaku jika waqaf (berhenti) pada akhir ayat.
2) Jika dibaca dengan Wasal (Sambung) maka hukum maka hukumnya menjadi mad asli.
0 comments:
Post a Comment