Pages

Thursday, July 14, 2022

IBADAH: HUKUM SEBAGAI MANUAL HIDUP

1) PENGENALAN:

Dalam Islam, ilmu pengetahuan asasnya dipecahkan kepada 3:

1)           Akidah

2)           Fekah

3)           Akhlak

Dalam bidang ilmu Fekah, terbitlah hukum hakam yang disebut sebagai hukum Fekah atau hukum Syariat. Hukum hakam itulah menjadi manual atau panduan dalam perkara-perkara yang berkaitan ibadah. Ia bertujuan agar ibadah yang dilakukan menepati petunjuk yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW dan dengan itu ibadah itu diterima oleh Allah SWT dan diberikan ganjaran pahala. Amal yang diterima disebut sah dan yang ditolak disebut batal.

Hukum Fekah yang menjadi manual hidup seornag muslim boleh dipecahkan kepada 5 jenis iaitu:

  1. Wajib
  2. Haram
  3. Sunat
  4. Makruh
  5. Harus

2) HUKUM HAKAM, DEFINISI DAN CONTOH

i) WAJIB

Iaitu apa yang diberi pahala kerana melakukannya dan berdosa jika meninggalkannya

Contoh-contoh Perkara Wajib:
a) Solat Fardhu 5 Waktu
b) Puasa di bulan Ramadhan
c) Keluarkan zakat
d) Menutup aurat
e) Taat kepada ibu bapa
f) Menuntut ilmu Fardhu Ain
g) Mandi hadas besar/junub  bila mahu solat
h) Menyucikan najis pada tubuh bila mahu solat

ii) HARAM

Iaitu apa yang diberio dosa kerana melakukannya dan diberi pahala bila ia ditinggalkan.

Contoh-comtoh Perkara Haram:
a) Mencuri
b) Minum arak
c) Main Judi & Loteri
d) Amalkan sihir
e) Bergaduh dan cederakan orang
f) Menipu orang
g) Bercakap lucah dan kotor
h) Menconteng dinding tandas

iii) SUNAT

Iaitu apa uang diberi pahala bila melakukannya dan tidak berdosa bila meninggalkannya.

Contoh-contoh Perkara Sunat:
a) Sedekah kepada pengemis/orang susah
b) Solat sunat Duha
c) Puasa Hari Arafah
d) Amalkan zikir dan wirid lepas solat
e) Amalkan doa-doa harian seperti doa naik kenderaan, tidur, masuk tandas dan sebagainya.
f) Memberi makan kepada burung merpati liar.
g) Tolong orang tua melintas jalan.
h) Tolong ibu buat kerja rumah

iv) MAKRUH
Iaitu apa yaang diberi pahala bila ia ditinggalkan dna tidak berdosa jika melakukannya.

Contoh-contoh Perkara Makruh:
a) Biarkan mulut berbau busuk
b) Pakai baju sekolah yang comot
d) Membasuh anggota wuduk lebih daripada 3 kali
e) Tidak memotong kuku yang panjang melebihi 40 hari.
f) Membela katak sebagai kesukaan
c)Pakai wangian masa berpuasa
d) Biarkan bulu ketiak panjang tidak dipotong


v) HARUS

Iaitu apa yang tidak menjadi dosa , bsiuk bils dilakukannnya maupun ditinggalkannya

Contoh-contoh Perkara Harus:
a) Tidur untuk berehat
b) Makan walau tidak lapar
c) Cuci muka bila mengantuk
d) Pakai baju baru ketika mahu  ke kedai
e) Pakai stoking walau hanya berselipar.
f) Gunakan komputer untuk belajar.
g) Main game asalkan ingat waktu solat.


0 comments:

Post a Comment