Pages

Sunday, January 31, 2021

NOTA 4: SIRAH (PERJANJIAN HUDAIBIAH)

 

1) MAKSUD PERJANJIAN HUDAIBIAH

Ia adalah satu perjanjian atau  kesepakatan yang ditandatangin melibatkan Nabi Muhammad SAW dengan kaum Kafir Musyrikin Makkah dengan syarat-syarat yang dipersetujui bersama.

 

2) HUDAIBIAH

Hudaibiah adalah satu nama tempat yang terletak di pinggir Kota Mekah  menuju ke Kota Madinah.


3) LATARBELAKANG PERJANJIAN HUDAIBIAH

 

  • Nabi SAW telah bermimpi dan mimpi nabi adalah benar
  • Nabi bermimpi melihat dirinya bersama kaum Muslimin masuk Kota Makkah melaksanakan haji.
  • Baginda menceritakan mimpi itu kepada para sahabatnya
  • Mereka gembira dan bersemangat untuk melaksanakan haji pada tahun itu.
  • Rasulullah memaklumkan rombongan kaum Muslimin dari Kota Madinah akan pergi melaksanakan haji di Makkah pada tahun itu.
  • Perjalanan ke sana pun dimulakan dan jumlah kaum Muslimin yang ikut serta bersama nabi SAW itu ialah 1400 orang.
  • Tahun itu adalah tahun ke 6 Hijrah, bulan Zulkaedah. 

 

4) BAI'ATUR RIDHWAN ( SUMPAH SETIA RIDHWAN)

  • Nabi SAW mengutuskan sahabatnya Uthman bin Affan untuk berbincang dengan pemimpin kafir Quraisy agar mengizinkan nabi SAW dan orang Islam masuk menunaikan  haji.
  • Uthman bin Affan telah ditahan di Kota Makkah dan disebarkan berita bahawa beliau telah dibunuh.
  • Berita itu membuatkan Rasulullah dan kaum muslimin menjadi marah
  • Kaum muslimin pun berkumpul bersama Rasulullah SAW di bawah sepohon pokok dan di situ berlakulah Sumpah Setia yang dinamakan "Bai'atur Ridhwan".
  • Isi sumpah setia itu adalah menuntut bela di atas kematian Uthman bin Affan.
  • Pihak kafir Quraisy menjadi takut dan mereka pun mengirimkan utusan memberitahu nabi bahawa Uthman bin Affan tidak dibunuh.
  • Mereka menawarkan kepada nabi SAW untuk membuat perjanjian damai yang dinamakan Perjanjian Hudaibiah.


Nota Tambahan:

  1. Perjanjian Hudaibiah berlaku pada tahun ke-6H
  2. Unta tunggangan nabi SAW bernama Al-Qaswa
  3. Uthman bin Affan adalah sabahat nabi merangkap menantu nabi Muhamamd.
  4. Uthman bin Affan digelar "Zun Nurain" yang bermaksud "yang mempunyai dua cahaya mata" kerana dia mengahwini dua anak perempuan nabi SAW bernama Ruqayyah dan Ummi Kulthum.
  5.  Bai'atur Ridhwan dibuat di bawah sepohon kayu.

 

 

 Sila dengar video Ust Kamaruddin mengenai seorang yang bernama Urwah bin Mas'ud As-Tsaqafi

 

NOTA 3: HAFAZAN (SURAH AT-TIN)


Murid-murid sila tulis semula Surah At-Tin dalam buku AJ dan hafaz. Baca berulangkali surah ini agar ingatan menjadi teguh dna tidak lupa. Amat bagus jika jadikan bacaan Surah dalam Solat 5 waktu. Itulah cara untuk menetapkan hafalan kita dalam memori selama-lamanya.

 

 


 



MAKSUD :



“Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun, dan demi bukit Sinai, dan demi kota (Mekah) ini yang aman, sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya. (Jika demikian kekuasaan-Ku), maka apakah yang menyebabkan (menjadikan) kamu mendustakan (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata adanya dalil-dalil yang membuktikan kekuasaan-Ku mengadakan hari pembalasan) itu? Bukankah Allah (yang demikian kekuasaan-Nya) Hakim yang seadil-adilnya?” (Surah at-Tiin 95:1~8)





 

NOTA 2: AKIDAH (ALLAH BERSIFAT BASOR)

 1) PENGERTYAIN BASOR (  بصر  )

Basor ertinya Allah Maha Melihat


2) DALIL ALLAH BERSIFAT BASOR

a) Dalil Naqli

Firman Allah SWT dalam Surah  Al-Hujurat: Ayat 18:


Ø¥ِÙ†َّ ٱللَّÙ‡َ ÙŠَعْÙ„َÙ…ُ غَÙŠْبَ ٱلسَّÙ…َٰÙˆَٰتِ ÙˆَٱلْØ£َرْضِ ۚ ÙˆَٱللَّÙ‡ُ بَصِيرٌۢ بِÙ…َا تَعْÙ…َÙ„ُونَ 

Ertinya: Dan sesungguhnya Allah mengetahui segala perkara yang ghaib di tujuh petala langit dan bumi. Dan Allah itu maha melihat apa yang kamu kerjakan. 

b) Dalil Aqli 

 

Allah mencipta alam semesta yang canti dipandang mata. Kecantikan itu tidak dapat dinikmati oleh  orang yang buta. Bagaimana Allah boleh menciptakan alam yang serba cantik ini kalau Dia buta? Sudah tentu Dia maha melihat. Dia melihat dari sebesar-besar perkara hingga ke sekecil-kecil perkara. Lagi pula Allah maha sempurna dan Dia tidak punya sebarang kecacatan. Maka tanda sempurna Allah, Dia bersifat Maha Melihat.


3) KESAN MEYAKINI ALLAH BERSIFAT BASOR

 

Seorang yang meyakini Allah bersifat Basor akan...

a) Rajin berbuat amal soleh

b) Sentiasa menjauhi amalan keji 

c) Bertambah baik akhlak dan perangai

d) Menambahkan keharmonian dalam masyarakat.

e) Mendapat rahmat daripada Allah SWT.


4) PERBEZAAN SIFAT BASOR ALLAH DAN SIFAT MELIHAT MAKHLUK

a) Allah melihat segala sesuatu sedangkan makhluk yang lain melihat dengan pandangan yang terbatas.

b) Allah tidak memerlukan alat untuk mendengar sedangkan makhluk perlukan alat pendengaran seperti telinga, deria dan alat tertentu.

c) Allah melihat selama-lamanya tetapi makhluk tidak melihat selama-lamanya, akan menjadi rabun, buta dan akhirnya mati dan tidka melihat lagi.






 

Thursday, January 28, 2021

NOTA 1:AKIDAH (ALLAH BERSIFAT SAMAK)

 
 
 
 1) PENGERTIAN SAMAK

Samak ertinya Allah Maha Mendengar




2) DALIL ALLAH BERSIFAT SAMAK


a) Dalil Naqli


 

Ertinya:

Makah Allah akan memeliharamu (Wahai Muhammad) dan Dialah juga yang Maha Mendengar lagi Maha mengetahui.



3) Dalil Aqli



Jika Allah tidak mendengar, itu bermakna Allah pekak. Tentulah tidak masuk akal, Allah Tuhan yang menciptakan alam semesta yang luas ini dan mentadbirnya, bersifat dengan PEKAK. Tuhan yang maha sempurna TIDAK BOLEH ada kecacatan sedikit pun!



4) PERBEZAAN ANTARA SIFAT SAMAK ALLAH DENGAN SIFAT SAMAK MAKHLUK









5) KESAN BERIMAN DENGAN SIFAT SAMAK


1- AKAN MENJAGA TUTUR KATA SERTA BISIKAN HATI DARIPADA DOSA.
2- žSENTIASA BERDOA MEMOHON PERTOLONGAN ALLAH
ž3- BANYAK MEMBACA AL-QURAN DAN BEZIKIR
4- žHIDUP MENDAPAT BERKAT DARIPADA ALLAH. 




SEKIAN WASALAM