Pages

Sunday, January 31, 2021

NOTA 4: SIRAH (PERJANJIAN HUDAIBIAH)

 

1) MAKSUD PERJANJIAN HUDAIBIAH

Ia adalah satu perjanjian atau  kesepakatan yang ditandatangin melibatkan Nabi Muhammad SAW dengan kaum Kafir Musyrikin Makkah dengan syarat-syarat yang dipersetujui bersama.

 

2) HUDAIBIAH

Hudaibiah adalah satu nama tempat yang terletak di pinggir Kota Mekah  menuju ke Kota Madinah.


3) LATARBELAKANG PERJANJIAN HUDAIBIAH

 

  • Nabi SAW telah bermimpi dan mimpi nabi adalah benar
  • Nabi bermimpi melihat dirinya bersama kaum Muslimin masuk Kota Makkah melaksanakan haji.
  • Baginda menceritakan mimpi itu kepada para sahabatnya
  • Mereka gembira dan bersemangat untuk melaksanakan haji pada tahun itu.
  • Rasulullah memaklumkan rombongan kaum Muslimin dari Kota Madinah akan pergi melaksanakan haji di Makkah pada tahun itu.
  • Perjalanan ke sana pun dimulakan dan jumlah kaum Muslimin yang ikut serta bersama nabi SAW itu ialah 1400 orang.
  • Tahun itu adalah tahun ke 6 Hijrah, bulan Zulkaedah. 

 

4) BAI'ATUR RIDHWAN ( SUMPAH SETIA RIDHWAN)

  • Nabi SAW mengutuskan sahabatnya Uthman bin Affan untuk berbincang dengan pemimpin kafir Quraisy agar mengizinkan nabi SAW dan orang Islam masuk menunaikan  haji.
  • Uthman bin Affan telah ditahan di Kota Makkah dan disebarkan berita bahawa beliau telah dibunuh.
  • Berita itu membuatkan Rasulullah dan kaum muslimin menjadi marah
  • Kaum muslimin pun berkumpul bersama Rasulullah SAW di bawah sepohon pokok dan di situ berlakulah Sumpah Setia yang dinamakan "Bai'atur Ridhwan".
  • Isi sumpah setia itu adalah menuntut bela di atas kematian Uthman bin Affan.
  • Pihak kafir Quraisy menjadi takut dan mereka pun mengirimkan utusan memberitahu nabi bahawa Uthman bin Affan tidak dibunuh.
  • Mereka menawarkan kepada nabi SAW untuk membuat perjanjian damai yang dinamakan Perjanjian Hudaibiah.


Nota Tambahan:

  1. Perjanjian Hudaibiah berlaku pada tahun ke-6H
  2. Unta tunggangan nabi SAW bernama Al-Qaswa
  3. Uthman bin Affan adalah sabahat nabi merangkap menantu nabi Muhamamd.
  4. Uthman bin Affan digelar "Zun Nurain" yang bermaksud "yang mempunyai dua cahaya mata" kerana dia mengahwini dua anak perempuan nabi SAW bernama Ruqayyah dan Ummi Kulthum.
  5.  Bai'atur Ridhwan dibuat di bawah sepohon kayu.

 

 

 Sila dengar video Ust Kamaruddin mengenai seorang yang bernama Urwah bin Mas'ud As-Tsaqafi

 

0 comments:

Post a Comment