Pages

Sunday, June 13, 2021

NOTA 10: AL-QURAN-KEFAHMAN SURAH AL-QODAR

 




MAKSUD :

1.  Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam Al-Qodar.

2.  Dan tahukah kamu apakah malam Al-Qodar itu?

3.  Malam Al-Qodar itu adalah malam yang lebih baik dari seribu bulan.

4.  Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan juga Malaikat Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan.

5.  Malam itu penuh dengan  kesejahteraan sampai terbit fajar.


PENGENALAN SURAH AL-QODAR:

A) Surah Al-Qodar mengandungi 5 ayat dan ia merupakan surah yang berada pada ututan yang 97 daripada 114 Surah dalam Quran.

b) Surah Al-Qodar adalah Surah Makkiyyah iaitu surah yang diturunkan sebelum hijrah nabi SAW.

c) Surah ini dinamakan Surah Al-Qodar kerana ia meneritakan kelebihan malam yang dinamakan Lailatul Qodar.


SEBAB DITURUNKAN SURAH AL-QODAR

  • Sahabat nabi mengeluh kepada nabi Muhammad SAW tentang pendeknya umur mereka jika dibandingkan dengan umur ummat nabi-nabi terdahulu. 
  • Umur Ummat nabi-nabi terdahulu panjang-panjang sampa beratus tahun dan itu memberi peluang mereka beribadat banyak kepada Allah SWT.
  • Sebagai ganti untuk ummat nabi Muhammad SAW  yang pendek, Allah menjadikan untuk mereka satu malam yang dinamakan Al-Qodar yang mana beribadat pada malam itu menyamai 1000 bulan (83 tahun lebih)
  • Surah ini diturunkan untuk mengembirakan ummat Nabi Muhammad SAW

APAKAH KELEBIHAN MALAM AL-QODAR

  • Pada malam itulah dulunya Al-Quran mula diturunkan kepada nabi Muhamamd SAW iaitu semasa baginda berada di Gua Hirak.
  • Malam Al-Qodar lebih baik berbanding malam-malam lain dengan nilai gandaan 1000 bulan.
  • Pada malam Al-Qodar , malaikat di langit turun ke bumi termasuk malaikat Jibrail untuk beribadat di bumi.
  • Malam Al-Qodar penuh kesejahteraan hingga terbit fajar.
BILAKAH MALAM AL-QODAR BERLAKU?

Malam Al-Qodar dirahsiakan Allah SWT bilakah masanya. Ia dirahsiakan agar orang Islam tidak hanya beibadat pada malam itu sahaja dan tidka mahu beribadat pada malam-malam yang lain. Walau bagaimanapun, dengan rahmat Allah SWT, melalui perkhabaran nabi Muhammad SAW, malam Al-Qodar itu dibayangkan berlaku pada malam-malam ganji 10 terakhir Ramadhan. Malam-malam ganjil itu ialah malam ke-21, 23, 25, 27 dan 29.
 
 
APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA BERTEMU MALAM AL-QADAR?
 
a) Malam al-Qodar hendaklah dicari pada malam sepuluh terakhir Ramadhan, terutama pada malam-malam ganjil.
 
b) Pada malam tersebut hendaklah memperbanyakkan ibadat seperti solat sunat, iktikaf di masjid, membaca Al-Quran dan bersedeqah.
 
c) Hendaklah banyak berdoa kepada Allah dan sebaik-baik doa adalah doa yang diajar nabi SAW iaitu:
 
 اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي
 Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku
 
 
 


0 comments:

Post a Comment