Pages

Sunday, June 27, 2021

NOTA 18: AL-QURAN-KEFAHAMAN SURAH AD-DUHA

 ARAHAN:

1) Salin Surah Ad-Duha dalam buku AQ.

SURAH AD-DUHA


Rujuk Buku Teks M/S 26

2) Salin Terjemahan ayat  di bawah Surah Ad-Duha yang telah anda tulis.

TERJEMAHAN

[1] Demi waktu dhuha,

[2] Dan malam apabila ia sunyi-sepi –

[3] (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).

[4] Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.

[5] Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda – berpuas hati.

[6] Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?

[7] Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu – Al-Quran)?

[8] Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?

[9] Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,

[10] Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;

[11] Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

 

3) Kemudian salin nota-nota berikut di bawahnya:


INTISARI SURAH AD-DUHA

1) Surah Ad-Duha diturunkan di Makkah (Surah Makkiyyah) dan mengandungi 11 ayat.

2) Sebab Surah ini diturunkan adalah kerana omongan orang kafir Musyrikin yang mengatakan Allah telah bencikan nabi Muhammad dan meninggalkannya kerana lamanya wahyu tidak diturunkan kepadanya. Maka Surah ini turun menafikan tuduhan mereka.

3) Allah bersumpah dengan waktu Duha dan waktu Malam kerana keistimewaan kedua-dua wkatu ini.

4) Waktu Duha ialah waktu antara matahari terbit sekadar segalah (27 minit setelah waktu syuruq) sehinggalah matahair gelincir di kaki langit (menandakan masuk waktu Zohor)

5)Kehidupan akhirat adalah lebih utama daripada kehidupan dunia.

6)Nabi Muhamamd dilahirkan sebagai anak Yatim dan dia dipelihara oleh datuknya dan juga pakciknya.

7) Datuk nabi Abdul Mutallib memeliharanya setelah ibunya Aminah meninggal ketika usianya baru 6 tahun. Hingga usia baginda 8 tahun, datuknya pula meninggal

8) Pakcik Nabi, ABU TALIB memeilharanya dari usia 8 tahun hinggalah dewasa dan berkahwin.

10) Surah Ad-Duha mengingatkan larangan menghina anak yatim dan mengherdik para pengemis yang meminta sedekah.

11) Allah menggalakkan kita dalam surah ini akan menggunakan nikmat kurniaan Allah dan tidak menyembunyikannya.


JAWAB LATIHAN BERIKUT PADA LINK DI BAWAH:


KUIZ PENDIDIKAN ISLAM (KEFAHAMAN SURAH AD-DUHA)


ATAU JAWAB SAHAJA DI BAWAH


0 comments:

Post a Comment