Pages

Tuesday, June 15, 2021

NOTA 13: JAWI-PRAKTIS MENULIS KHAT RIQ'AH

PENGENALAN


  • Khat Riq’ah merupakan sejenis khat yang direka cipta oleh orang Turki pada zaman pemerintahan Kerajaan ‘Uthmaniyah (850 Hijrah). 
  • Tujuan utama mereka mencipta khat ini ialah untuk menyeragamkan bentuk tulisan dalam semua urusan rasmi di kalangan kakitangan kerajaan. 
  • Riq’ah mengikut Kamus Bahasa ialah cebisan kertas yang ditulis. 
  • Ciri khusus khat ini ialah bentuk huruf yang kecil, lebih cepat dan mudah ditulis, jika dibandingkan dengan khat Nasakh. 
  • Penggunaan khat Riq’ah dalam masyarakat kita lebih tertumpu kepada tulisan dan nota sahaja, berbanding khat Nasakh yang begitu meluas digunakan, khususnya dalam penerbitan buku, majalah dan akhbar. 

TONTON VIDEO INI SUPAYA ANDA LEBIH FAHAM BAGAIMANA MENULIS DENGAN GAYA KHAT RIQ'AH 

 

 

 


PRAKTIS MENULIS SURAH AL-ASRI DENGAN  TULISAN GAYA KHAT RIQ'AH



 (Tugasan yang anda perlu laksanakan ialah menyalin semula Surah Al-Asri di bawah dalam buku AJ. Pastikan gaya tulisan anda menggunakan gaya tulisan Khot Riq'ah seperti yang ditulis di bawah.)

 




 
 Tambahan:
Anda digalakkan untuk mengambil gambar hasil tulisan anda dan hantar kepada ustaz melalui whatsapp. Terima kasih.
 



 
 

0 comments:

Post a Comment