Pages

Wednesday, July 7, 2021

NOTA 22: ADAB TERHADAP ALAM

Arahan tugasan hari ini:

1) TULIS NOTA INI DALAM BUKU   "US"

2) Kemudian jawab soalan latihan yang disertakan dibawah sekali

______________________________________________________________


 1) Apakah yang dimaksudkan dengan Alam Sekitar?


Alam Sekitar ialah semua sumber alam ciptaan Allah di bumi. Ensiklopedia Wikipedia menafsirkan alam sekitar sebagai:

Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar juga boleh dipanggil flora dan fauna.



2) CONTOH-CONTOH ALAM SEKITAR

-Sungai
-Jeram dan air terjun
-Lautan
-Pantai
-Tumbuhan
-Hutan belantara
-Udara
-Bukit bukau
-Kolam dan tasik
-Habitat hidupan liar

3) DALIL ALLAH SWT MEMERINTAHKAN SUPAYA MENJAGA ALAM SEKITAR

Dalam Al-Quran, Allah melarang perbuatan merosakkan alam sekitar:


وَلَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ بَعْدَ إِصْلَاحِهَا 

Maksudnya: "Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi setelah ia pulihkan"
(Surah Al-A'raf: Ayat 56)



4) BAGAIMANAKAH LANGKAH MENJAGA ALAM SEKITAR?

a)  Jangan membuang sampah merata tempat.

b) Jangan membuang sampah dan air kumbahan  ke sungai

c) Jangan menebang pokok sesuka hati.

d) Pastikan kenderaan tidak mengeluarkan asap yang keterlaluan.

e) Pihak industri perkilangan hendaklah mengambil langkah-langkah mengawal perlepasan asal industri ke angkasa.

f) Memberi sokongan kepada usaha para aktivis alam sekitar.

g) Penerokaan hutan simpanan hendaklah diharamkan sama sekali.

h) Kerja-kerja menggondolkan bukit bukau hendaklah dihentikan dan pelakunya dikenakan hukuman yang keras.

i) Semua projek yang melibatkan gangguan terhadap alam sekitar hendaklah mendapat kelulusan EIA (Enviromental Impact Assesment) Rujuk: Maksud EIA


5) APAKAH AKIBAT JIKA TIDAK MENJAGA ALAM SEKITAR

a) Struktur muka bumi menjadi tidak stabil lalu kerap berlaku tanah runtuh

b) Berlaku banjir lumpur

c) Air sungai akan bertukar menjadi keruh dan mengganggu bekalan air bersih ke rumah-rumah.

d) Habita alam musnah dan kehidupan haiwan liar dan margastua terjejas menuju kepupusan.

e) Warisan alam akan lenyap dan generasi akan datang tidak dapat melihatnya lagi

f) Persekitan akan menjadi tidak kondusif untuk menjadi tempat tinggal

g) Berlaku perubahan iklim dan cuaca yang tidak menentu.

i) Perlaku pencairan ais di Kutub Utara yang bakal menyebabkan air lautan bertambah dan menenggelamkan pulau-pulau kecil.

j) Angin ribut kerap melanda penempatan kerana gunbung ganang sebagai penampan telah digondolkan.




JAWAB SOALAN KUIZ BERIKUT:

Klik Link LATIHAN  untuk paparan lain



0 comments:

Post a Comment