Pages

Thursday, August 12, 2021

NOTA 28: SIRAH - DUTA-DUTA UTUSAN RASULULLAH SAW

1) PENGENALAN

-Perjanjian Hudaibiah ditandatangan antara nabi Muhamamd SAW dengan Kafir Quraisy Makkah pada tahun Ke-6 H

-Kerana perjanjian ini dilihat berat sebelah( disebabkan syarat-syaratnya yang berat sebelah) sebahagian sahabat tidak berpuas hati.

-Namun, Rasulullah SAW mempunyai wawasan jauh dan tenyaya perjanjian ini menguntungkan Islam kerana perjanjian damai gencatan senjata selama 10 tahun memberi ruang kepada nabi Muhamamd SAW untuk menyebarluaskan Islam.

-Berkat pernjanjian itu, pada Muharam tahun ke-7 H, nabi telah mengirimkan DUTA-DUTA  Islam ke negeri-negeri sekitar untuk menyampaikan surat dakwah baginda :


2) DUTA-DUTA ISLAM  KE LUAR NEGERI

a) Duta ke Negeri Parsi Sahabat nabi Abdullah bin Huzafah As-Sahmi  R.a

b) Duta ke Negeri Rom-Sahabat Nabi Dahyah Al-Kalbi r.a

c) Duta ke Negeri Habsyah-Sahabat Nabi Amru bin Umayyah Ad-Dhamri r.a

d) Duta ke Negeri Mesir-Sahabat nabi Hatib bin Abi Balta'ah r.a

e) Duta ke Kerajaan Ghasasinah- Sahabat Nabi Syuja' bin Wahab r.a

f) Duta ke Yamamah-Sahabat Nabi Sulait bin Amru Al-Amiri r.a

g) Duta ke Bahrain-Sahabat Nabi Abu Al-Ala' Al-Hadhrami r.a

h) Duta ke Oman-Sahabat Nabi Amru bin Al-As r.a

i)Duta ke Negeri Yaman- Abu Musa Al-Asy'ari dan Muaz bin Jabal r.a.



Peta menunjukkan penghantaran duta-duta Rasulullah SAW

3) REAKSI BALAS PARA RAJA TERHADAP SURAT NABI MUHAMMAD SAW

a) Raja Parsi bernama Kisra Abrawiz bin Hurmuz sangat sombong. Bila Sahabat nabi Abdullah bin Huzafah As-Sahmi membacakan surat nabi Muhammad SAW kepadanya, mengandungi seruan agar masuk Islam, dia menjadi marah. Dia mengoyak surat nabi SAW. Setelah utusan nabi pulang mengkhabarkan demikian tindakan Kisra Parsi itu, Rasulullah mendoakan agar Allah SWT mengoyak kerajaannya. Lalu, Kisra itu mati dibunuhnya oleh anaknya sendiri yang merampas tahta.


2) Raja Rom bernama Kaisar Heraklius. Apabila dia menerima surat Nabi Muhamamd SAW, dia tertarik. Dia mahu beriman dengan nabi Muhammad SAW, tetapi melihat penentangan para menterinya terhadap isi surat itu, dia tidak berani kerana takut hilang kuasa. Namun, utusan Nabi Muhammad SAW dilayan dengan baik. Seorang padri utama di Rom bernama Soghatir, mati dibunuh oleh pengikutnya setelah dia beriman dengan dengan nabi Muhammad SAW.


3)  Raja Habsyah digelar Najasyi. Raja Habsyah yang menerima surat nabi SAW itu namanya Ashamah bin Abjar. Bila menerima surat nabi SAW dia beriman dengan nabi SAW. Dialah najasyi yang melayan orang-orang Islam yang lari berlindung dalam kerajaannya semasa mereka ditindas oleh kafir Quraisy di Kota Mekah dulu. Najasyi ini, bila dia meninggal dunia, nabi SAW mengajak para sahabat di Kota Madinah solat ghaib untuknya.

4) Nabi mengutuskan sahabat baginda bernama Al-Harith bin Umair Al-Azdi ke Busra  untuk menyampaikan Islam. Ketika melalui daerah Balqa' di negeri Syam, dia ditangkap dan dibunuh oleh gabenornya yang bernama Syurahbil bin Amru Al-Ghassani . Perbuatan itu merupakan jenayah dalam hubungan diplomatik kerana peraturan antara negeri, utusan negeri lain tidak boleh dibunuh. Ia merupakan perbuatan yang mencabar peperangan. Maka Rasulullah pun siapkan angkatan perang membawa meletusnya perang Mu'tah pada Jamadil Awal tahun ke-8 H.

5) Raja Mesir digelar Muqauqis. Nama sebenarnya ialah Juraij bin Mina Al-Qibti. Sahabat nabi bernama Hatib bin Abi Balta'ah  membawakan surat dakwah Islam oleh nabi SAW kepadanya. Dia menerima surat itu dengan penuh penghurmatan. Dia menciumnya. Akan tetapi dia tidak mahu masuk Islam. Sebaliknya dia pula memberikan hadiah kepada nabi SAW. Antara hadiahnya itu ialah dua hamba perempuan berbangsa Qibti. Salah satunya bernama Mariah Al-Qibtiyayh yang kemudiannya dikahwini nabi dan melahirkan anak nabi bernama Ibrahim. Malangnya Ibrahim meninggal ketika usianya 2 tahun.


3) GELARAN BAGI RAJA-RAJA UTAMA NEGERI JIRAN SEMENANJUNG ARAB

a) Raja Parsi-Kisra

b) Raja Rom- Kaisar

c) Raka Mesir- Muqauqis

d) Raja Habsyah- Najasyi


KUIZ PENDIDIKAN ISLAM (SIRAH-PARA UTUSAN RASULULLAH)-klik untuk paparan google form

0 comments:

Post a Comment