Pages

Thursday, October 7, 2021

SIRAH-HAJI WADAK (PELAJARAN TAMBAHAN)

ARAHAN:

  1. NOTA-NOTA DI BAWAH ADALAH UNTUK DIBACA SUPAYA ANDA DAPAT MENJAWAB SOALAN YANG DIBERIKAN DI BAWAH NOTA INI DENGAN BETUL.
  2. JIKA ANDA SEORANG YANG BERKERAJINAN TINGGI, BANYAK MASA LAPANG DAN CINTAKAN ILMU, DIGALAKKAN MENYALIN NOTA INI DALAM BUKU US.
  3. SOALAN -SOALAN ADA DI BAWAH SEKALI!


1) Pengenalan:

Apa yang dimaksudkan dengan Haji Wadak ialah Haji terakhir yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW. Widak (  وداع  ) dalam bahasa Arab bermakna selamat tinggal. Dinamakan Haji Wadak kerana haji ini merupakan haji yang menjadi detik terakhir baginda Rasulullah bersama ummat Islam dan baginda memberi ucapan terakhir dan selamat tinggal kepada orang ramai.


2) Bilakah Berlakunya Haji Widak

Haji Widak berlaku pada Zulhijjah tahun ke-10H


3) Berapa Ramaikah Ummat Islam yang ikut bersama Rasulullah SAW dalam Haji Wadak?

Jumlah sebenarnya tidak dapat dipastikan dengan tepat. Namun anda pendapat sejarawan yang mengatakan jumlahnya 90 ribu orang. Ada pendapat menyatakan jumlahnya 100 ribu orang. Bahkan, ada yang menyebutkan anggaran jumlah mencapai 124 ribu orang dan tidaklah lebih daripada itu


4) Berapa kalikah  haji yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ?

Haji widak merupakah haji kali pertama dan terakhir yang dilakukan oleh Rasulullah SAW selepas baginda berhijrah ke Madinah. Sebelum baginda berhijrah ke Madinah, ulama berbeza pendapat tentang berapa kalikah baginda melakukan haji. Ada yang mengatakan 3 kali sahaja berdasarkan peristiwa baginda bertemu dengan orang arab Yathrib di tempat bernama Aqabah. Kalau sebelum baginda jadi nabi, tidak dapat dipastikan berapa kali baginda buat haji.


5) Rukun-rukun Ibadah Haji

* Rukun Ibadah Haji ialah perkara yang jika tidak dilakukan, ibadah haji tidak sah sama sekali. Ada 6 Rukun Haji yang perlu anda ketahui iaitu:

1) Niat ihram haji

2) Wuquf di Arafah

3) Tawaf di Kaabah

4) Sa'i antara Safa dan Marwah

5) Bercukur atau menggunting rambut

6) Tertib pada kebanyakan rukun haji.


6) Khutbah Widak

Semasa Nabi SAW berada di Arafah dan melakukan wuquf haji, bainda telah menyampaikan satu khutbah (pidato) yang sangat penting. Di dalamnya mengandungi pesanan-pesanan Nabi SAW mengenai perkara berikut:

1 – Larangan membunuh jiwa dan mengambil harta orang lain tanpa alasan yang hak.
2 – Kewajipan meninggalkan tradisi dan amalan jahiliah – pembunuhan dan riba.
3 – Berwaspada dengan gangguan syaitan dan kewajipan menjaga agama.
4 – Larangan mengharamkan apa yang dihalalkan dan sebaliknya.
5- Kewajipan memuliakan wanita (isteri).
6 – Kewajipan berpegang teguh kepada Al-Quran dan An-Nas.
7 – Kewajipan taat kepada pemimpin, siapa pun dia selama masih berpegang teguh kepada Al-Quran.
8 – Kewajipan berbuat baik kepada hamba sahaya.
9 – Umat Islam adalah bersaudara antara satu sama lain.
10 – Kewajipan menyampaikan khutbah Rasulullah SAW kepada yang lain

 

7) Selepas peristiwa Haji Wadak, berapa lamakah lagi nabi SAW hidup?

3 Bulan setelah pulang ke Madinah selepas mengerjakan Haji Wadak, baginda Rasulullah mulai jatuh sakit. Baginda mula sakit ketika berada pada giliran di rumah isterinya yang bernama Maimunah r.a.Kerana tidak lagi mampu mengatur giliran ke rumah-rumah isterinya, Rasululah meminta keredhaan semua isterinya untuk berada di rumah isterinya yang bernama Aisyah r.a semasa baginda sakit. Mereka semua meredhainya.


Nabi SAW wafat ketika waktu duha (pagi) hari Isnin tanggal 12 Rabiul Awal tahun ke-11 H.


8) Ayat Quran yang diturunkan kepada nabi semasa Haji Wadak

Sebahagian ulama menyatakan bahawa inilah ayat Quran yang paling akhir diturunkan kepada nabi SAW:

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا [المائدة: 3]
Maksudnya: Pada hari ini Aku lengkapkan untuk kamu agama kamu dan Aku sempurnakan ke atas kamu nikmatku. Aku redha Islam itu menjadi agama untuk kamu.


9) Di manakah nabi berniat sampai memakai ihram ketika hendak melaksanakan Haji Wadak?


Tempat niat ihram haji dinamakan Miqat. Ia berbeza-beza mengikut arah datangnya orang ke Tanah Haram Mekah. Oleh kerana nabi SAW datang dari Madinah menuju Makkah, maka miqat bagi nabi SAW ialah di Zulhulaifah.




10 ) Lihat peta miqat (tempat niat ihram dilakukan)






JAWAB SOALAN-SOALAN DI BAWAH. 
Jika anda mahu menjawab dalam paparan Google Form, klik di sini.

0 comments:

Post a Comment